LK TNL Tc. Muhammad Afifi Falihin bin Mohd Fuad

LK TNL Tc. Muhammad Afifi Falihin bin Mohd Fuad yang telah diiktiraf sebagai Juruteknik Bertauliah (Tc.) oleh Malaysia Board of Technologist (MBOT) dan melakar sejarah sebagai Teknisyen Logistik TLDM pertama dalam bidang Transportation & Logistic Technology (TL) yang memiliki diploma serta masih dalam perkhidmatan TLDM dan mendapat pengiktirafan ini.

Inisiatif yang membanggakan dalam meningkatkan nilai modal insan terhadap perkhidmatan, LK TNL Tc. Muhammad Afifi telah memperoleh Diploma dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dalam bidang Pengurusan Logistik pada tahun 2017.

Sepanjang 9 tahun dalam perkhidmatan, LK TNL Tc. Muhammad Afifi telah berpeluang berkhidmat dibeberapa buah unit antaranya adalah NATIONAL TASK FORCE, CAWANGAN PROVOS MARSYAL ATM dan KD SRI GOMBAK. Beliau pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2021 atas kecemerlangan beliau sepanjang berkhidmat di CAWANGAN PROVOS MARSYAL ATM.

Hasil usaha yang dipamirkan, adalah wajar bagi warga Navy People menjadikan pencapaian LK TNL Tc. Muhammad Afifi sebagai sumber motivasi dan inspirasi untuk terus maju dalam karier bagi menjadikan TLDM lebih disegani. Dalam mencapai hasrat ini, usaha murni menjadikan warga Navy People yang layak untuk mendapat pengiktirafan sedemikian sedang sangat releven bagi menwujubkan persaingan sihat dalam perkhidmatan.

Artikel : Kdr Ts. Dr. Muhamad Zafran bin Whab TLDM
Foto    : LK TNL Tc. Muhammad Afifi Falihin bin Mohd Fuad