KUALA LUMPUR, 3 Apr – Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, YBhg Laksamana Muda Dato’ Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah menyempurnakan pemakaian lencana Ir. (Jurutera Profesional) dan Ts. (Teknologis Profesional) yang telah diadakan pada 29 Mac yang lalu.

Seramai dua orang pegawai menerima gelaran Ir. (Jurutera Profesional) iaitu Kept Ir. Ts. Abd Razak bin Ahmad TLDM dan Lt Ir. Muhammad Aidhil bin Samsuddin TLDM dan dua orang pegawai menerima lencana Ts. (Teknologis Profesional) iaitu Kdr Ts. Khairul Mizam bin Yusof TLDM dan Kdr Ts. Mohd Sabri bin Ahmad TLDM.

Sejak lencana ini diperkenalkan pada tahun 2006, hampir 39 Pegawai TLDM telah menerima pengiktirafan Ir. (Jurutera Profesional) manakala seramai 101 Pegawai TLDM telah menerima pengiktirafan Ts. ( Teknologis Profesional) ini.

Tahniah diucapkan kepada pegawai yang menerima gelaran tersebut. Semoga ianya memberikan semangat kepada semua warga untuk lebih cemerlang dalam bidang masing – masing.

Sedia berkorban.