LUMUT, 11 Mei - Bahagian Inspektorat Jeneral, Markas Tentera Laut (MkTL-BIJ) telah menganjurkan Kursus Pegawai dan Penyelia Integriti Siri 1/23 buat julung kali pada 9 hingga 11 Mei 23 di KD DUYONG. Seramai 19 pegawai dan anggota dari markas pemerintahan, markas formasi dan unit di Semenanjung Malaysia telah terlibat dalam kursus ini.

Fokus kursus adalah integriti dan rasuah, pelaksanaan Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR), Pelan Intervensi dan Pengukuhan Integriti (PIPI) dan Modul Pendidikan dan Latihan Integriti (MPLI) di organisasi serta Corruption Risk Management (CRM).

Sebahagian modul kursus telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Unit Integriti KEMENTAH dan SPRM Perak. Kursus juga melibatkan ujian bertulis dan perbentangan kumpulan mengenai pengurusan risiko rasuah di organisasi.

Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta di akhir kursus telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Laksamana Muda Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin, Inspektor Jeneral Tentera Laut yang disaksikan oleh Laksamana Pertama Shahriman bin Hj Mahmud, Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api.

Semoga kursus ini dapat memberi nilai tambah kepada para peserta mengenai integriti dan meningkatkan kemahiran mereka dalam melaksanakan serta memantau program integriti di tempat kerja.

Sumber : Mk TL, Bahagian Inspektorat Jeneral
Artikel   : Kdr Ts. Muhammad Faliq Anwar bin Muhammad Fauzi TLDM
Foto      : BK PRL Herdi bin Garampang