KELAYAKAN PEGAWAI

PEGAWAI SKIM KADET UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

SYARAT AKADEMIK

Lulus peperiksaan percubaan SPM dengan gred seperti berikut:

  1. Gred A dalam ketiga-tiga subjek dibawah:
    - Bahasa Melayu
    - Bahasa Inggeris
    - Matematik
  2. Gred A dalam mana-mana dua subjek dibawah:

    - Fizik
    - Kimia
    - Biologi
    - Matematik Tambahan
    - Prinsip Akaun
    - Perdagangan
    - Geografi
    - Sejarah
    - Ekonomi Asas
    - Teknologi Maklumat
    - Pengajian Keusahawanan
    - English in Science and Technology
    - Reka Cipta
    - Mata Pelajaran Teknikal (Kejuruteraan Awam/Kejuruteraan Mekanikal/Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik/Teknologi Kejuruteraan)

SYARAT KESIHATAN FIZIKAL

Sihat tubuh badan serta tidak cacat anggota. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna. Fizikal tubuh badan menepati kriteria berikut:

SYARAT KEWARGANEGARAAN

Calon mestilah warganegara Malaysia.

UMUR

Calon mestilah berumur 17 tahun 6 bulan hingga 19 tahun. Calon - calon yang berumur di antara 17 tahun 6 bulan hingga 18 tahun juga perlu mendapat kebenaran dan kelulusan ibu bapa atau penjaga.

PEGAWAI SKIM GRADUAN

SYARAT AKADEMIK

Senarai Tugas Am (STA)

  1. Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
    b. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam bidang berikut:

    - Kejuruteraan
    - Sains Komputer
    - Senibina
    - Teknologi Maklumat
    - Pengurusan (Pembangunan Manusia)
    - Pengurusan (Teknologi Maklumat)
    - Undang-undang
    - Sains
    - Statistik
    - Ekonomi.
    - Matematik
    - Inventori
    - Kewangan/Perniagaan
    - Perhubungan Antarabangsa
    - Katering dan Perhotelan
    - Lain-lain jurusan yang akan ditetapkan oleh perkhidmatan dari semasa ke semasa

Senarai Tugas Ikhtisan (STI)

  1. Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM atau setaraf.
    b. Kejuruteraan.

    - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal.
    - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Marin).
    - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik).
    - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam.
    - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik/Elektronik.
    - Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Komputer.

SYARAT KESIHATAN/FIZIKAL

Sihat tubuh badan serta tidak cacat anggota. Penglihatan hendaklah terang dan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna. Fizikal tubuh badan menepati kriteria berikut:

Cara Pengiraan BMI: Berat bahagi Tinggi bahagi Tinggi.

Contoh: 50kg/1.65m/1.65=18.3

SYARAT KEWARGANEGARAAN

Calon mestilah warganegara Malaysia.

UMUR

Calon mestilah tidak melebihi 27 tahun bagi STA dan 30 tahun bagi STI semasa permohonan dilakukan.

KRITERIA PEMILIHAN DAN TEMUDUGA

Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakan Akademik. Calon yang terpilih akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga. Sesi temuduga merangkumi perkara-perkara berikut:

    - Ujian bertulis.
    - Pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT-Forward Everywhere (FE)).
    - Ujian Jasmani.
    - Ujian Kepimpinan.
    - Prestasi Sahsiah.
    - Kriteria Tambahan. Calon yang cemerlang dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.