FAEDAH MENYERTAI PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM

Faedah dan keistimewaan yang akan anda perolehi apabila menyertai PSSTLDM adalah seperti berikut:

1. Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang menyumbang kepada pertahanan negara.

2. Meneroka bidang baru iaitu melaksanakan aktiviti di laut.

3. Mempelajari kepakaran baru dalam PSSTLDM.

4. Menambah keupayaan `Soft skills’ dengan percuma.

5. Menambah kenalan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

6. Berpeluang melawat pasukan PSSTLDM di serata negara.

7. Layak menyertai insuran berkelompok ATM.

8. Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).

9. Boleh dikerahkan untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam TLDM bagi mereka yang layak.

10. Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.

11. Sajian dan penginapan percuma apabila terlibat dengan aktiviti latihan dan operasi.

12. Diberi elaun kehadiran dan elaun perjalanan ketika menghadiri latihan.

13. Diberi pakaian seragam percuma (LLP) atau elaun Pakaian (pegawai).

14. Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma di mana-mana hospital kerajaan jika kemalangan berlaku  semasa bertugas.