KELAYAKAN MENYERTAI PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM

PEGAWAI PSSTLDM

Syarat kemasukan bagi bakal Pegawai PSSTLDM adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia.

b. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun.

c. Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 2.7 ke atas. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di dalam peperiksaan SPM/SPMV/SKM.

d. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

e. Jarak tempat tinggal dari unit tidak melebihi 100 km.

f. Lulus temuduga pemilihan.

ASKAR LASKAR PSSTLDM

Syarat kemasukan bagi bakal Laskar PSSTLDM adalah seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia.

b. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun.

c. Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV/SKM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik dan 3 mata pelajaran lain.

d Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

c. Jarak tempat tinggal dari unit tidak melebihi 100km. Lulus temuduga pemilihan.

PALAPES-LAUT

Syarat kemasukan bagi PALAPES-Laut adalah seperti berikut:

1. Penuntut dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) yang telah menubuhkan unit PALAPES-Laut.

2. Warganegara Malaysia.

3. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 45 tahun.

4. Mengikuti kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA/IPTS yang mempunyai unit PALAPES. Mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di dalam peperiksaan SPM/SPMV/SKM.

5. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

6.Lulus temuduga pemilihan.

PASUKAN LATIHAN ANGGOTA SIMPANAN - PLAS

Syarat kemasukan bagi PLAS adalah seperti berikut:

a. Penuntut dari Pusat Latihan Kemahiran yang telah menubuhkan unit PLAS.

b. Warganegara Malaysia.

c. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak lebih daripada 35 tahun.

d. Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV/SKM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian di dalam mata pelajaran Matematik dan 3 mata pelajaran lain.

e. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.