ELAUN SEMASA LATIHAN PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM

Pemberian elaun dan saguhati kepada pegawai dan askar laskar Simpanan Sukarela TLDM adalah sebagai pengiktirafan kepada komitmen mereka. Dasar penetapan perkara ini adalah seperti termaktub di dalam Territorial Army (Pay and Allowances) Rules 1959 dan Report Of The Committee Of Officials On The Salaries And Terms And Conditions Of Service Of The Malaysian Armed Forces (Laporan JKK Pertama).

Pembayaran elaun PSSTLDM dibuat berpandukan Buku Panduan Urusan Gaji Bab F (Prosedur Pembayaran Gaji Dan Elaun Angkatan Sukarela), yang dikeluarkan oleh Mk - ATM Jabatanarah Urusan Gaji AT (Cawangan Askar Wataniah). Panduan ini dikeluarkan agar semua unit PSSTLDM dapat melaksanakan dokumentasi dan pembayaran elaun dengan mengikut peraturan yang sedia ada.

KELAYAKAN ELAUN

Mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa, elaun yang layak dibayar kepada pegawai dan askar laskar Simpanan Sukarela TLDM adalah seperti berikut:

     a. Elaun Kehadiran Perbarisan Tempatan.

     b. Elaun Latihan Berterusan.

     c. Saguhati Tahunan (Annual Bounty)

     d. Elaun Pakaian Seragam dan Elaun Senggaraan Pakaian

     e. Bayaran Insentif Sabah dan Sarawak (BISS)

     f. Bayaran Insentif Semenanjung(BIS).

     g. Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi (ETPM).

     h. Elaun Pengangkutan.

ELAUN KEHADIRAN PERBARISAN TEMPATAN

Elaun yang dibayar kerana kehadiran latihan harian atau lebih dikenali sebagai perbarisan tempatan. Had Pembayaran Elaun. Seperti berikut:

      a. Setiap kehadiran tidak kurang 2 jam dan tidak melebih 12 jam.

      b. Tidak melebihi 380 jam kehadiran setahun.

      c. Tidak melebihi 180 kali kehadiran setahun bagi tuntutan Elaun Pengangkutan

Kadar Elaun. RM 7.80 sejam bagi pegawai dan RM 6.00 sejam bagi Bakal Pegawai PSSTLDM, PALAPES dan askar laskar.

ELAUN LATIHAN BERTERUSAN DAN MENGHADIRI KEM TAHUNAN

Pegawai dan askar laskar Simpanan Sukarela TLDM yang menghadiri Latihan Berterusan atau Kem Tahunan layak dibayar elaun mengikut kadar dan syarat sebagaimana yang terpakai kepada anggota angkatan tetap. Pengiraan elaun yang diterima akan berdasarkan jumlah hari kehadiran sebenar sahaja. Kadar Elaun. Pembayaran elaun Latihan Berterusan mengikut kadar dan tatacara seperti berikut:

      a. Gaji Pokok (GP) + Elaun Khidmat Awam (EKA) mengikut pangkat yang disandang oleh pegawai dan anggota tersebut.

      b. Gaji/Elaun hendaklah dibayar mengikut tempoh masa kehadiran sebenar sahaja.

      c. Kadar Gaji Pokok. yang berkuatkuasa mengikut SSM mulai 1 Julai 2007 seperti Jadual di bawah:

SAGU HATI TAHUNAN (ANNUAL BOUNTY)

Elaun yang layak dibayar kepada pegawai dan askar lasykar Simpanan Sukarela TLDM pada setiap akhir tahun. Kadar dan syarat pembayaran saguhati adalah seperti berikut:

      a. Kadar Penuh. Pembayaran saguhati kadar penuh iaitu sebanyak RM 520.00 dan anggota mestilah menghadiri latihan 380 jam.

      b. Kadar Tiga Suku. Pembayaran saguhati pada kadar tiga suku iaitu sebanyak RM 390.00 dan anggota mestilah menghadiri latihan di antara              240 jam hingga 379 jam.

      c. Kadar Separuh. Pembayaran saguhati pada kadar separuh iaitu sebanyak RM 260.00 dan anggota mestilah menghadiri latihan di antara 120           jam hingga 239 jam.

ELAUN PAKAIAN SERAGAM DAN ELAUN SENGGARAAN PAKAIAN (PEGAWAI SAHAJA)

Elaun Pakaian Seragam layak dituntut oleh pegawai tauliah PSSTLDM dan Tauliah Kehormat. Elaun Senggaraan Pakaian pula hanya layak kepada pegawai tauliah PSSTLDM sahaja pada setiap ulang tahun pentauliahan mereka. Kadar Elaun Pakaian Seragam Pegawai seperti Jadual di bawah:

BAYARAN INSENTIF SABAH DAN SARAWAK (BISS)

Pegawai dan askar laskar PSSTLDM layak menerima BISS apabila dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa atau apabila menerima gaji mengikut kadar Angkatan Tetap semasa menjalani latihan dengan syarat ia ditukarkan/dihantar keluar untuk bertugas (posted/detached for duty) di Sabah atau Sarawak atau berkhidmat di atas kapal yang distesenkan untuk bertugas di perairan Sabah atau Sarawak. Kadar Harian BISS seperti Jadual di bawah:

BAYARAN INSENTIF SEMENANJUNG (BIS)

Pegawai dan askar laskar PSSTLDM yang berasal dari Sabah atau Sarawak sahaja layak menerima BIS apabila dikerah untuk bertugas sepenuh masa atau apabila menerima gaji mengikut kadar Angkatan Tetap semasa menjalani latihan dengan syarat ia ditukarkan atau dihantar keluar untuk bertugas (posted/detached for duty) di Semenanjung atau berkhidmat di atas kapal yang distesenkan untuk bertugas di perairan Semenanjung. Kadar Harian BIS adalah seperti sama dengan kadar Harian BISS di atas.

ELAUN TAMAT PERKHIDMATAN MOBILISASI (ETPM)

Pegawai dan askar laskar sukarela yang dikerah sepenuh masa layak dibayar ganjaran ETPM sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Perkiraan kadar ETPM adalah Gaji Pokok terakhir X jumlah bulan perkhidmatan diakui (bulan yang lengkap) 15%.

GAJI PEGAWAI DAN ASKAR LASKAR KERAHAN

Kaedah 19 dalam Territorial Army (Pay and Allowances) Rules 1959 serta perengan 4.37 dan 4.38 dalam Laporan JKK Pertama menetapkan pegawai dan askar laskar Simpanan Sukarela TLDM yang dikerah berkhidmat sepenuh masa di dalam perkhidmatan tetap layak dibayar gaji dan elaun mengikut kadar dan syarat yang terpakai kepada anggota angkatan tetap.

Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi. Elaun ini dibayar kepada pegawai dan askar laskar PSSTLDM yang tamat menjalankan kerahan sepenuh masa. Pengiraan elaun tersebut dibuat mengikut formula 121⁄2 peratus X gaji hakiki terakhir semasa kerahan X jumlah bulan kerahan. Pembayaran akan dilakukan oleh pihak UGAT semasa menjalani dokumentasi tamat kerahan sepenuh masa.

ELAUN PAKAR (SPECIALIST GRANT)

Elaun yang dibayar kepada anggota PSSTLDM pakar yang telah berkhidmat lebih dari 4 tahun dan didaftarkan sebagai Sukarela pakar yang telah mengikuti Latihan Tahunan dan Latihan Berterusan. Kadar Elaun Pakar (Specialist Grant) adalah seperti Jadual di bawah:

ELAUN PENGANGKUTAN

Elaun yang dibayar untuk gantian tambang pengangkutan pergi dan balik ke tempat latihan semasa menghadiri perbarisan tempatan. Seseorang pegawai dan askar laskar PSSTLDM yang menggunakan kenderaan sendiri layak dibayar pada kadar ang ditetapkan.

Tambang Pengangkutan. Seseorang pegawai atau askar laskar PSSTLDM yang menggunakan pengangkutan awam semasa menghadiri latihan mingguan layak dibayar tambang sebenar bas, keretapi dan feri bagi perjalanan pergi balik.

Pembayaran elaun pengangkutan berasaskan jarak perjalanan daripada tempat tinggal tetap pegawai dan askar laskar ke tempat latihan mingguan. Pengiraan mengikut kadar-kadar yang ditetapkan dijadual di atas. Borang Kuasa Tuntutan Elaun Pengangkutan BAT E 22 Pindaan 92 hendaklah dimajukan ke UGAT (AW) untuk kelulusan kuasa tuntutan. Kuasa tuntutan yang diluluskan hendaklah diperbaharui setiap hujung tahun untuk tuntutan tahun berikutnya.