LATIHAN PASUKAN SIMPANAN SUKARELA TLDM

Secara umumnya, latihan yang dilaksanakan bagi pegawai dan askar laskar PSTLDM bermatlamat agar mereka berkeupayaaan untuk melaksanakan peranan dan tugas PSTLDM. Di samping itu juga, latihan yang dirancang dapat membentuk keperibadian pegawai dan askar laskar supaya bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk dikerah tenaga apabila keadaan memerlukan kelak.

KONSEP UMUM PERLAKSANAAN LATIHAN

Latihan untuk anggota sukarela hendaklah disesuaikan dengan masa dan keupayaan anggota sukarela yang menyertainya. Oleh itu, terdapat beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan apabila sesebuah unit PSTLDM itu merancang sesuatu latihan itu. Antaranya adalah:

     a. Latihan dijalankan pada waktu petang jam 1800 setelah habis kerja sektor awam.

     b. Latihan pada hujung minggu.

     c. Latihan pada waktu luar kerja bagi mereka dalam kerja shift.

     d. Menjalankan latihan di tempat yang sesuai bagi kebanyakan anggota sukarela.

     e. Jurulatih pergi ke tempat latihan dan bukan anggota sukarela pergi ke tempat jurulatih.

     f. Latihan yang dirancang tidak membebankan anggota sukarela atau majikan.

JENIS LATIHAN

Latihan yang diberi kepada pegawai dan askar laskar Simpanan Sukarela TLDM dirangka berdasarkan peranan dan tugas-tugas yang akan dimainkan oleh mereka diwaktu diperlukan. Peranan dan tugas mereka telah ditetapkan oleh perkhidmatan seperti termaktub di dalam Bab 2. Jenis-jenis latihan yang akan dilalui oleh pegawai dan askar laskar Simpanan Sukarela TLDM adalah seperti berikut:

LATIHAN ASAS

Terbahagi kepada 4 jenis latihan iaitu, Bakal Pegawai PSSTLDM, PALAPES-Laut , Perajurit Muda PSSTLDM dan PLAS-Laut.

a. Bakal Pegawai PSSTLDM. Sebagai Bakal Pegawai PSSTLDM, mereka perlu melaksanakan latihan asas untuk tempoh 2 tahun. Latihan Bakal Pegawai PSSTLDM dilaksanakan mengikut Skim Pegawai Kadet TLDM. Latihan dibahagi kepada 6 fasa iaitu 3 fasa setahun. Fasa1, 2, 4 dan 5 dilaksanakan di unit sendiri, manakala Fasa 3 dan 6 di KD SULTAN IDRIS I, Pangkalan TLDM, Lumut dan Kapal-kapal TLDM. Kesemua mereka perlu lulus setiap fasa dinyatakan bagi melayakkan untuk ditauliahkan. Ringkasan Latihan Asas Bakal Pegawai PSSTLDM adalah seperti Jadual di bawah:

b. PALAPES-Laut. PALAPES-Laut perlu menjalani latihan asas untuk tempoh 3 tahun. Tahun pertama mereka akan diberi pangkat sebagai Pegawai Kadet dan Pegawai Kadet Kanan pada tahun ke 2 dan 3. Mereka juga akan menjalani latihan dalam 6 fasa sama seperti Bakal Pegawai PSSTLDM. Perbezaannya, mereka akan menyelesaikan semua fasa dalam tempoh 2 tahun sebelum layak ditauliahkan. Ringkasan Latihan Asas PALAPES-Laut (IPTA) dan PALAPES-Laut ALAM adalah seperti di Jadual di bawah:

c. Perajurit Muda PSSTLDM dan PLAS-Laut. Perajurit Muda PSSTLDM dan PLAS-Laut perlu menjalani latihan asas untuk tempoh 6 bulan. Latihan Asas Perajurit Muda PSSTLDM dibahagi kepada 4 fasa. Keseluruhan latihan akan dikendalikan di unit-unit PSSTLDM termasuk 2 minggu di Pusat Latihan PSSTLDM, di KD SRI PINANG. Mereka perlu lulus kursus asas ini sebelum layak diberi pangkat Laskar Muda PSSTLDM. Ringkasan Latihan Perajurit Muda PSSTLDM adalah seperti di Jadual di bawah:

LATIHAN UNIT

Pegawai dan askar laskar Simpanan Sukarela TLDM perlu mengikuti 3 jenis latihan iaitu Perbarisan Tempatan, Latihan Berterusan dan Kem Tahunan. Penjelasan setiap latihan adalah seperti berikut:

a. Perbarisan Tempatan. Bermaksud latihan mingguan yang dilaksanakan di unit PSSTLDM di dalam jangka masa tidak kurang daripada 2 jam dan tidak melebihi 12 jam sehari. Pegawai Memerintah unit-unit PSSTLDM, dengan kelulusan Mk TL SM – Simpanan akan menetapkan hari dan masa yang bersesuaian untuk dipilih sebagi hari dan masa latihan di unit masing-masing. Sajian akan disediakan bagi latihan yang melebihi 10 jam sehari.

b. Latihan Berterusan. Bermaksud latihan, pengajaran atau latihan sambil kerja secara berterusan di dalam jangkamasa tidak kurang daripada 72 jam. Latihan ini tidak menyebut had tempoh maksimum hari latihan yang boleh dilaksanakan. Oleh itu MK TL SM - Simpanan bertanggung jawab mengawal dan memberi kelulusan pelaksanaan latihan ini.

c. Kem Tahunan. Bermaksud latihan yang dikendalikan secara berterusan bagi satu tempoh tidak melebihi 15 hari. Sajian disediakan di sepanjang tempoh latihan dilaksanakan. Latihan ini boleh dikendalikan oleh unit PSSTLDM setelah mendapat kelulusan daripada Mk TL SM - Simpanan.

LATIHAN BERTERUSAN

Latihan yang boleh dibenarkan dalam ertikata Latihan Berterusan adalah seperti berikut:

a. Latihan. Merupakan latihan yang dirancang oleh pasukan untuk sesuatu kumpulan atau individu tertentu yang difikirkan perlu menjalani Latihan Lanjutan secara berterusan dalam tempoh tidak kurang dari 72 jam bagi satu jangkamasa yang ditetapkan. Latihan ini mestilah mempunyai objektif yang perlu dicapai. Latihan ini biasanya merupakan latihan kolektif di kapal, latihan terhadap pelajaran-pelajaran yang ketinggalan atau tidak dapat diajar dalam perbarisan tempatan, latihan-latihan yang perlu diulangi untuk mencapai tahap kemahiran atau latihan persediaan untuk menghadapi sesuatu kursus. Anggota-anggota yang akan mengikuti latihan ini ditentukan oleh jurulatih setelah membuat penilaian pencapaian seseorang itu dan bukan sesiapa sahaja yang ingin mengikutinya. Oleh itu, kehadiran untuk latihan berterusan sudah dipastikan terlebih dahulu dan hanya anggota berkenaan sahaja akan hadir.

b. Penugasan. Penugasan yang boleh dibenarkan adalah yang munasabah dan demi kepentingan perkhidmatan. Penugasan yang bukan untuk kepentingan perkhidmatan atau boleh dijalankan oleh anggota tetap dalam pasukan tidak akan dibenarkan. Penugasan boleh dibuat secara individu atau kumpulan, akan tetapi penugasan itu perlu berterusan tidak kurang dari 72 jam. Ini memberi maksud bahawa penugasan individu atau kumpulan adalah berterusan siang atau malam di dalam tempoh minimum 72