ETIKA KERJA

KEMULIAAN

Amanah - Menunaikan kepercayaan yang diletakkan oleh seseorang.
Ikhlas - Menerapkan niat yang jujur dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Kerohanian - Mengamalkan budaya kerja dan hidup berlandaskan agama.
Cekap - Melaksanakan tugas dengan profesional dalam masa ditetapkan.
Disiplin - Kawalan diri dan mematuhi peraturan ditetapkan.
Muhasabah - Membuat penilaian diri secara berterusan untuk penambahbaikan diri sendiri.
Positif - Berfikir dan memperlihatkan sesuatu yang baik atau yang boleh mendatangkan manfaat.
Jujur - Ketulusan hati dan ikhlas dalam melaksanakan tugas.
Prihatin - Mengambil berat terhadap sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh.

KESETIAAN 

Taat - Patuh terhadap segala perintah.
Kepimpinan - Berkeupayaan menerajui aspek pengurusan operasi, sumber manusia, aset dan pentadbiran.
Rela Berkhidmat - Sedia ditugaskan pada sebilang masa.
Semangat Berpasukan (Esprit de Corps) - Menerapkan kerjasama di organisasi dalam pelaksanaan tugas.
Hormat - Memandang dan menyanjung tinggi antara sama satu sama lain.
Kebertanggungjawaban - Sedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan sepenuh hati.

KEBERANIAN

Keselamatan Diri (Personal Safety) - Menjaga diri, rakan setugas dan keluarga daripada risiko kemalangan serta kecederaan.
Kesiagaan - Sentiasa bersiap sedia untuk melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Keselamatan (Security) - Sentiasa peka terhadap keselamatan persekitaran merangkumi keselamatan dokumen, harta benda dan anggota.
Kekuatan Mental - Berupaya mengawal dan mengurus tekanan kerja.
Bercakap Benar - Bertutur secara jujur dan berterus terang.
Semangat Juang (Fighting Spirit) - Sikap keberanian, pantang menyerah dan tidak mementingkan diri sendiri.

KEBANGGAAN

Kesihatan - Sentiasa menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Kecergasan - Sentiasa cergas dalam melaksanakan tugas.
Kesegakan - Sentiasa menjaga ketrampilan diri.
Berilmu - Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan.
Kreatif - Menjana idea yang bernas, baru dan asli.
Inovatif - Menghasilkan penambahbaikan atau ciptaan baru untuk manfaat organisasi.
Pembangunan Diri - Meningkatkan keupayaan dan jati diri yang tinggi.
Merancang - Sentiasa memandang ke hadapan dan berfikir sebelum membuat sesuatu. 
Menepati Masa - Berdisiplin dalam pengurusan masa. 
Kualiti - Menghasilkan tugas yang memenuhi kehendak dan keperluan organisasi. 
Belanja Berhemah - Membudayakan amalan berjimat cermat.
Contoh Teladan (Role Model) - Mengamalkan perbuatan baik yang boleh menjadi ikutan.