PASUKAN SIMPANAN TENTERA LAUT SETIU

PSTL Setiu sebelum ini dikenali sebagai PSTL Chendering yang mana pada asalnya diambil bersempena dengan nama tempat dimana unit bertapak iaitu di Kampung Chendering, Kuala Terengganu. Tapak asal unit merupakan kawasan bagi bekas Kem

Markas Pelarian Vietnam dan unit beroperasi sepenuhnya mulai 1 Julai 1999. Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu pada 18 September 2013 telah meluluskan permohonan dengan bersyarat bagi keluasan tanah seluas 2.9652 ekar untuk pembinaan unit di lokasi baru ini. Pada mesyuarat terakhir pada 25 Februari 2014, PSTL Chendering telah berpindah sepenuhnya ke Kem Bari, Setiu pada 27 Mac 2014 dan kini dikenali sebagai PSTL Setiu.