KD SRI LIKAS

Sejarah penubuhan unit KD SRI LIKAS (KDSL) bermula dengan kajian penubuhan PSSTLDM di Sabah pada tahun 1968. Seterusnya pada Julai 1969, satu kertas cadangan penubuhan telah dimajukan kepada National Operations Committee (NOC), di Kuala Lumpur untuk persetujuan.

Pada Oktober 1970 (COMNAV-EAST), telah diarah oleh Chief Of Naval Staf untuk berunding dengan kerajaan negeri Sabah bagi mendapatkan tanah yang sesuai untuk penubuhan unit PSSTLDM di Kota Kinabalu. Sebidang tanah dengan keluasan 2.9 ekar berdekatan Sungai Likas telah dikenal pasti kesesuaiannya. Penubuhan unit PSSTLDM dengan nama KDSL terus dirancang. Nama KDSL dipilih sempena mengambil nama lokasi penubuhan asalnya.

Pada tahun 1989, TLDM telah merancang untuk memindahkan Pangkalan Markas Wilayah Laut 2 dari Labuan ke Teluk Sepangar, Kota Kinabalu. Lokasi baru ini dilihat sangat strategik dari segi keselamatan dan pentadbiran kerana kedudukannya yang terlindung dan berhampiran dengan pusat pentadbiran negeri. Dalam masa yang sama, pembangunan KDSL turut dilaksanakan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu. Sesuai dengan perancangan itu serta konsep penubuhan unit PSSTLDM untuk berdekatan dengan unit tetap TLDM selain menjimatkan kos, keputusan dibuat untuk menubuhkan KDSL di dalam kawasan pangkalan markas sebagaimana penempatan sekarang.