KD SRI MEDINI

 

Pada 8 Oktober 1976 merupa detik bersejarah Kapal Diraja Sri Medini (KDSM) kerana telah ditauliahkan oleh PTI Sukarela Lt.Kol (L) Khoo Tee Chuan A.M.N. Pegawai Memerintah pertama KD Sri Medini iaitu Tengku Mahmud Iskandar (Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail).

Bangunan yang berlokasi di Jalan Pandan, Kem Tebrau, Johor Bahru ini telah diduduki oleh KD Sri Medini sejak tahun 1971 yang sebelum ini ditempatkan di Kem Majidee, Johor Bahru. Kem Tebrau merupakan pangkalan sementara kedua sebelum berpindah ke pangkalan tetap di Pangkalan TLDM Sungai Lunchoo yang siap dibina pada bulan Mac 2020.

KD Sri Medini berpindah pada 1 April dan mula beroperasi pada 1 Mei 2020. Pada 30 Mei 2020, panji-panji KD Sri Medini pertama kali dinaikkan di Pangkalan TLDM Sungai Lunchoo. Majlis Menandatangani Sijil Penyerahan Bangunan antara Panglima Pasukan Simpanan, Laksamana Pertama Zainul Rashid Abdullah dan Panglima Markas Briged 7 Briged, Brigadier Jeneral Mohamed Fauzi Kamis pada 11 Disember 2020.