MARKAS PEMERINTAHAN PASUKAN SIMPANAN TLDM

Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM terletak di Sungai Lunchoo, Masai Johor dan telah beroperasi pada 2020 yang dikenali sebagai Home of Naval Reservist. Terdapat 11 unit naungan dibawah Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan (MPPS) TLDM. Antara unit dibawah naungan MPPS ialah KD SRI MEDINI di mana penempatanya terletak di| dalam Markas yang dipindahkan dari Kem Tebrau.

Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM telah beroperasi pada 10 Feb 20 dengan pelaksanaan struktur organisasi baharu TLDM melalui keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-551 pada 27 Okt 16

Arahan Pengoperasian Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM bertarikh 10 Dis 19 telah dikeluarkan oleh Yang Berbahagia Panglima Tentera Laut bagi menyelaras perpindahan dan pengoperasian Markas mulai Januari 2020.

Skeleton Crew Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM telah berpindah dari Bahagian Pasukan Simpanan Markas Tentera Laut (Mk TL-SIMP) dan Markas telah beroperasi mulai 10 Feb 20.