PASUKAN SIMPANAN TENTERA LAUT KUCHING

 

Dalam tahun 1997, PSSTLDM telah ditubuhkan di Kuching, Sarawak. Diperingkat awal penubuhan, pasukan dikenali sebagai Tim Nukleus Sri Kuching ditumpangkan di 71 BOD dan secara tidak langsung berada di bawah pentadbiran Pegawai Memerintah 71 BOD, Kem Pending, Kuching Sarawak.

Tim Nukleus Sri Kuching kemudiannya telah dinaiktaraf dan bertukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Laut Kuching pada tahun 2000 bersesuaian dengan fungsi dan peranan sebagai sebuah Pasukan Simpanan yang memberi latihan dan pendedahan menyeluruh kepada Tentera Laut.

PSTL Kuching merupakan satu-satunya Pasukan Simpanan yang bernaung di bawah Tentera Laut Diraja Malaysia, berada di Sarawak dan berperanan besar dalam memperkenalkan TLDM kepada masyarakat umum. Beberapa aktiviti yang melibatkan Pasukan Simpanan diadakan seperti Sambutan Hari ATM, Sambutan Hari TLDM, Sambutan Hari Kebangsaan, Sambutan Hari Malaysia, Perarakan Rapat Rasaksa Hari Lahir Tuan Yang Terutama Sarawak dan sebagainya.