PASUKAN SIMPANAN TENTERA LAUT SANDAKAN


Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Sandakan ditubuhkan pada 1 Jul 96.  Tujuan penubuhan unit ini adalah bagi mengumpulkan anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) sehingga 3500 orang di seluruh Sabah dan Sarawak.

Di awal penubuhan, unit ditempatkan di bangunan KDSS.  Pada 15 Mei 02, Kementerian Pertahanan Negeri Sabah telah meluluskan penyewaan dua buah blok empat tingkat di Bandar Tong Huat, Batu 3, Sandakan sebagai Pusat Pentadbiran dan Latihan bagi PSTL Sandakan.  Unit telah berpindah ke bangunan tersebut pada 20 Mei 02. 

PSTL Sandakan telah dirancang untuk ditauliahkan pada Julai 2006 namun keputusan tersebut ditangguhkan berikutan penubuhan dan pentauliahan unit KD SRI LIKAS, Kota Kinabalu yang lebih diperlukan pada waktu tersebut.

Setelah pengoperasian Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) di Sandakan pada 1 Jan 19, unit telah berpindah ke Bangunan Markas pada 31 Jan 19. Sehubungan dengan itu, perpindahan pentadbiran unit PSTL Sandakan ke bangunan tersebut membolehkan PSSTLDM menggunakan fasiliti untuk melaksanakan kelas teori dan latihan praktikal.  Pada bulan Jun 2019, Depot Logistik Wilayah 2 telah ditempatkan di bangunan markas dan mengambil alih pejabat pentadbiran unit. Oleh sebab itu, unit telah berpindah semula ke Bangunan PSTL Sandakan Taman Samudera pada 1 Jul 19.