PASUKAN SIMPANAN TENTERA LAUT TAWAU

Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Tawau merupakan sebuah unit bagi Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia (PSSTLDM) yang terletak di Pangkalan TLDM KD SRI TAWAU. Unit ini ditubuhkan pada tahun 1989 dengan nama KD SRI SEBATIK. Namun nama KD SRI SEBATIK yang ditubuhkan pada 1989 tidaklah kekal lama dan ianya di pindah nama kepada NUKLEUS SRI SEBATIK pada penghujung 1991 atas sebab-sebab tertentu.

Setelah unit ini di tukar nama kepada NUKLEUS SRI SEBATIK kegiatannya telah di gantung sejajar dengan rancangan TLDM untuk menurunkan taraf KD SRI TAWAU ketika itu.  Tetapi keadaan semasa telah menukar rancangan tersebut dan Jawatankuasa Laksamana TLDM dalam mesyuaratnya yang ke 17 pada 8 dan 9 Dis 1992 telah memutuskan supaya NUKLEUS SRI SEBATIK di hidupkan Semula.  Keputusan ini adalah sejajar dengan keperluan Negara dan mengambil kira kedudukan strategik Tawau yang merupakan satu-satunya pangkalan hadapan Tentera Laut di Negeri Sabah bahagian Timur pada ketika itu.

Pada awal tahun 1998 nama NUKLEUS SRI SEBATIK di tukar kepada PSTL TAWAU dan kekal sehingga kini.