KD SRI MANJUNG

KD SRI MANJUNG salah satu Unit Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM). KD SRI MANJUNG merupakan unit PSSTLDM yang ke-4 ditauliahkan selepas KD SRI PINANG, KD SRI KLANG dan KD SRI MEDINI.

Di atas keinginan penduduk tempatan, Nukleus SRI MANJUNG telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan pengambilan pertama Pegawai dan Anggota LLP telah dibuat pada tahun 1985.

Nukleus SRI MANJUNG telah ditauliahkan pada 26 Oktober 1990 dan dikenali sebagai Kapal Diraja SRI MANJUNG. Pada tahun 2012, KD SRI MANJUNG telah berpindah ke Bangunan KD MALAYA lama dan Unit telah beroperasi sehingga kini.

KD SRI MANJUNG berperanan dan bertanggungjawab sebagai sebuah Unit Latihan dan Pengoperasian Pasukan Simpanan Sukarela TLDM bagi Negeri Perak. Selain itu, KD SRI MANJUNG bertanggungjawab Kepada Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM dalam Urusan Keanggotaan dan Latihan PSSTLDM manakala bagi pentadbiran unit di bawah Naungan Markas Pangkalan Lumut.