TRANFORMASI & PERMODENAN ARMADA TLDM telah melaksanakan inisiatif Program Transformasi TLDM 15ke5 sejajar dengan keutamaan keperluan keupayaan yang digariskan di dalam Kerta Putih Pertahanan.  Program pembangunan keupayaan ini secara rinkasnya adalah bagi meningkatkan keupayaan tempur maritime, dan keupayaan daya tahan operasi maritim bagi mendokong kedaulatan dan keselamatan perairan negara serta memperkukuhkan identity negara sebagai maritime nation. Secara dasarnya Program Transformasi TLDM 15ke5 adalah pelan jangka Panjang untuk menangani isu keusangan di dalam Armada TLDM secara berperingkat, dalam rangka menyediakan sebuah Angkatan laut yang siaga dan kredibel.