MARKAS PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TLDM

  • Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan (MPPL) TLDM yang terletak di Pangkalan TLDM Lumut bertanggungjawab kepada Markas Tentera Laut dan mendukung peranan dan fungsi Pelaksana meliputi aspek-aspek berikut:
  • Mengeluarkan Dasar Implementasi Latihan.
  • Mengemas kini dan menambah baik dasar berkenaan latihan.
  • Menganalisis, mereka bentuk dan membangun latihan.
  • Memantau pelaksanaan latihan unit-unit di bawah naungan.
  • Menilai dan mengesahkan produk latihan.
  • Menentukan kualiti produk unit-unit di bawah naungan.
  • Mengurus dan mengkoordinasi sumber dan keperluan latihan.
  • Mengurus dan mengkoordinasi pengiktirafan kompetensi warga TLDM.
  • Mengurus dan mengkoordinasi Program Peningkatan Latihan dan Kelayakan warga TLDM.
  • Mengurus dan mengkoordinasi Rancangan Pelayaran Kapal Latihan TLDM.
  • Memantau dan mengaudit pentadbiran dan pengurusan unit-unit di bawah naungan.
  • MPPL adalah markas yang bertanggungjawab ke atas semua pusat latihan yang merangkumi pusat latihan pegawai dan pusat latihan lain-lain pangkat (LLP) melaksanakan fungsi dan peranan yang telah digariskan seperti di para 1.  Unit-unit di bawah naungannya adalah:

    1. KD SULTAN IDRIS I - Pangkalan TLDM Lumut, Perak.
    2. KD SULTAN ISMAIL - Tanjung Pengelih, Johor.
    3. KD PELANDOK - Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

MISI
Menjadi organisasi pendidikan dan latihan bertaraf dunia.

VISI
Membangunkan modal insan yang kompeten.