MARKAS WILAYAH LAUT 1 (MAWILLA 1)

Pada asalnya, markas ini berpangkalan di Woodlands dan dikenali dengan nama seperti Markas Captain KD MALAYA, Naval Office-in-Charge West Malaysia (NOIC WM) dan juga Commander Naval Force West Malaysia (COMNAV WEST). Markas ini kemudiannya telah berpindah ke Tanjung Gelang, Kuantan dan dirasmikan pada 28 Oktober 1985.