KD SRI SEMPORNA

Pembinaan unit ini telah dimulakan pada 28 Disember 1999. Pembinaan yang berkonsepkan sebuah pangkalan yang lengkap dengan kemudahan dan keupayaan di dalam menangani ancaman musuh dan cuaca di perairan Negeri Sabah. Pangkalan ini siap dibina sepenuhnya pada 15 Apr 04 dan telah ditauliahkan dengan nama Kapal Diraja SRI SEMPORNA. Pentauliahan KD SRI SEMPORNA telah berlangsung pada 12 Jul 2005 dengan menyaksikan pangkalan ini tauliahkan oleh YM Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah yang merupakan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah pada ketika itu.