KD SULTAN ISMAIL (KDSI)

Pihak pengurusan telah membuat perancangan untuk berpindah dari Berek TLDM Woodlands mulai dari 6 Oktober 97. Kesemua anggota dan keseluruhan pejabat telah dipindahkan dan mula beroperasi di Tanjung Pengelih pada Disember 1997. Pada 26 Februari 2005, KDSI dengan rasminya ditauliahkan oleh Sultan Johor ketika itu iaitu DYMM Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.