PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL

Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Pulau Indah, Klang: PHN mula beroperasi pada 15 Oktober 2005. Ianya dilengkapi dengan beberapa peralatan moden dan canggih serta setaraf dengan pusat hidrografi negara maju. Antara infrastruktur yang dilengkapi ialah sistem ICT, sistem pengakriban data hidrografi dan oseanografi melalui Hidrografi Data Management System (HDMS) dan Digital Data Management System. Selain PHN, terdapat unit lain iaitu KD SULTAN ABDUL AZIZ SHAH (KD SAAS) dan KD SRI KLANG.