BEKALAN DAN URUSETIA

Bekalan & Urusetia lebih fokus terhadap keperluan tugas berkaitan pengurusan materiel dan urusetia yang semakin mencabar terutamanya di dalam menyokong operasi dan juga fungsi TLDM di dalam menjayakan tugas menjaga kedaulatan perairan negara.

Cawangan ini terdiri daripada empat bidang kepakaran utama iaitu: Bekalan, Kewangan, Hospitaliti dan Urusetia. Empat kepakaran utama ini merangkumi pengurusan pembekalan dan perkhidmatan, aset, peluru dan bahan letupan, Integrated Logistics Support (ILS), seni muzik, pengurusan gaji dan kewangan, pentadbiran dan sekretariat serta seni kulinari dan pengurusan majlis. Semua kepakaran ini merangkumi bidang tugas yang terdapat dalam TLDM di peringkat strategik, operasional dan taktikal.