SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD JEBAT

No. Penant

:

29

Tarikh Tauliah

:

18 Nov 99

Panjang

:

106.5 Meter

Lebar

:

12.75 Meter

Sesaran

:

2200 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

 21 Hari

Torpedo 

:

A 244/S Whitehead

Meriam Utama

:

Bofors 57 MM/70 Mk 2
30 MM/75 DS-30B-Port/Stbd

Misil

:

M40 Block 2 Exocet
Seawolf SAM

Jumlah Krew

:

146 Orang

KD JEBAT
Dinamakan sempena pahlawan legenda Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15 iaitu Laksamana Hang Jebat.

Kapal perang jenis frigat moden ini dibina oleh Yarrow Shipbuilders Ltd, Glasgow, Scotland dan dilancarkan pada 27 Mei 1995 oleh Datin Seri Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia.

Ditauliahkan pada 18 November 1999 dan diletakkan dalam Skuadron Frigat Ke-23 di bawah Flotila Serang.

Pemenang Piala Agong tahun 2007 dan 2016, Anugerah Piala Panglima Tentera Laut 2007, Pujian Panglima Tentera Laut 2012, Piala Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera 2013, Malaysia Book of Record - Operational Health Safety and System 2014, dan Anugerah Piala Gonzales 2015.
SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD LEKIU

No. Penant

:

30

Tarikh Tauliah

:

 9 Okt 99

Panjang

:

106.5 Meter

Lebar

:

12.75 Meter

Sesaran

:

2200 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

 21 Hari

Torpedo 

:

A 244/S Whitehead

Meriam Utama

:

Bofors 57 MM/70 Mk 2
30 MM/75 DS-30B-Port/Stbd

Misil

:

M40 Block 2 Exocet
Seawolf SAM

Jumlah Krew

:

 146 Orang

KD LEKIU
Dinamakan sempena pahlawan legenda Melayu di zaman Kesultanan Melayu Melaka abad ke-15 iaitu Laksamana Hang Lekiu.

Kapal perang jenis frigat moden ini dibina oleh Yarrow Shipbuilders Ltd, Glasgow, Scotland dan dilancarkan pada 3 Disember 1994 oleh Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Menteri Pertahanan Malaysia.

Ditauliahkan pada 9 Oktober 1999 dan diletakkan dalam Skuadron Frigat Ke-23 di bawah Flotila Serang.

Pemenang Anugerah Piala Gonzales 2011, Anugerah Piala Agong 2012, Anugerah Panglima Tentera Laut 2012, 2013 dan 2014, Piala Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera 2012 dan 2014, dan Anugerah Khas Inovasi Kementerian Pertahanan 2018. 

KD LEKIU pernah menyertai Eksesais Rim of The Pacific (RIMPAC) di Honolulu, Hawaii pada 2018. Penyertaan tersebut adalah julung kali oleh aset TLDM.