SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD SRI INDERA SAKTI

No. Penant

:

1503

Tarikh Tauliah

:

8 Nov 80

Panjang

:

100 Meter

Lebar

:

15 Meter

Sesaran

:

4450 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

75 Hari

Meriam Utama

:

MK 1 Bofors 57mm

Jumlah Krew

:

211 Orang

KD SRI INDERA SAKTI
Dinamakan sempena sebuah pulau yang berada di pertemuan Sungai Perak dan Sungai Kinta, berhampiran dengan Pekan Teluk Anson (kini dikenali sebagai Teluk Intan).
 
Kapal ini dibina di Limbungan Bremer Vulkan Shipyard, Jerman Barat dan dilancarkan pada 1 Julai 1980 oleh Datin Sri Laila Taib, isteri kepada Menteri Pertahanan Malaysia.
 
Ditauliahkan pada 7 November 1980 dan diletakkan di dalam Skuadron Multi-Purpose Command and Support Ship (MPCSS) Ke-31.
 
KD SRI INDERASAKTI pernah terlibat di dalam misi bantuan dan menyelamat yang dikoordinasikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Somalia pada 1993 dan Timor Leste pada 2002.
SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD MAHAWANGSA

No. Penant

:

1504

Tarikh Tauliah

:

16 Mei 83

Panjang

:

103 Meter

Lebar

:

15 Meter

Sesaran

:

4000 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

75 Hari

Meriam Utama

:

Bofors 57mm dan
Oerlikon 20mm

Jumlah Krew

:

211 Orang

KD MAHAWANGSA
Dinamakan sempena pengasas Kerajaan Kedah Tua iaitu Merong Mahawangsa yang merupakan Raja Kedah yang Pertama.
 
Kapal ini dibina oleh Korea Tacoma Shipyard, Korea Selatan dan dilancarkan pada 16 September 1982.
 
Ditauliahkan pada 16 Mei 1983 dan diletakkan di dalam Skuadron Multi-Purpose Command and Support Ship (MPCSS) Ke-31.
 
KD MAHAWANGSA pernah terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan untuk pelarian di Somalia pada 1994, pelarian Afghanistan di Pakistan pada 2001, bantuan mangsa bencana tsunami di Acheh pada 2004, Operasi FAJAR dalam melindungi kapal-kapal Malaysian International Shipping Corporation (MISC) Berhad di Teluk Aden pada September 2008 dan menggagalkan cubaan merampas kapal tangki MT Nautica di perairan Johor pada 28 Oktober 2011.