SPESIFIKASI

Nama Pesawat

:

Super Lynx Mk 100

Panjang

:

15.24 Meter

Lebar

:

12.8 Meter

Kelajuan

:

150 Knots

Sesaran

:

5.3 Meter

Misil

:

Sea Skua

Torpedo

:

A244/S Whitehead

Jumlah Krew

:

3 Orang

SKUADRON 501(SUPER LYNX)
Dinamakan sempena dengan turutan nombor selepas Skuadron 499 (kini dikenali sebagai KD RAJAWALI) yang pernah mengoperasikan helikopter WASP HAS Mk I. Dengan penyimpanan (reserved) nombor 500 untuk Markas Udara TLDM, nombor 501 dipilih untuk menamakan pasukan helikopter Super Lynx Mk 100.

Helikopter Super Lynx dibina oleh Westland Helicopter Limited (WHL), United Kingdom dan dirasmikan pada 9 Ogos 2004 oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Helikopter Super Lynx berjaya mencapai 10,000 jam penerbangan dengan sifar kemalangan pada 31 Ogos 2018 dan melaksanakan penembakan misil Sea Skua pada 2007, 2008 dan 2019, serta penembakan torpedo anti kapal selam Whitehead pada 2008.
SPESIFIKASI

Nama Pesawat

:

AS 555 SN Fennec

Panjang

:

10.93 Meter

Lebar

:

2.28 Meter

Kelajuan

:

150 Knots

Sesaran

:

5.3 Meter

Jumlah Krew

:

3 Orang

SKUADRON 502 (FENNEC)
Skuadron 502 digunakan untuk Pasukan helikopter AS 555 SN Fennec selepas Skuadron 501 (helikopter Super Lynx Mk 100).

Helikopter latihan ini dibina oleh Eurocopter, Perancis dan dilancarkan pada 9 Ogos 2004 oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Pemenang Anugerah Pujian Panglima Tentera Laut pada 2014, Anugerah Kesiagaan PAT pada 2015, Excellence In Operation pada 2015 dan 19,000 Flight Hours Achievement and 15 years of Flight Excellence pada 2019.
SPESIFIKASI

Nama Sistem Dron

:

Scaneagle

Ketahanan

:

12 Jam

Ketinggian Maksimum

:

19,500ft

Kelajuan

:

54 kts/ 150 km/h

Enjin

:

P09 (Propulsion
Module Unit)

Berat

:

22kg

Sistem Pelancaran

:

MK 4 Launcher

Sistem Pemulihan

:

MK 1 Mode 2 Skyhook

Sistem Navigasi

:

GPS

SKUADRON 601

Rancangan Perolehan UAS mula menjadi aspirasi TLDM sejak tahun 2013. Keupayaan ini juga adalah selari dengan hasrat Pelan Transformasi TLDM 15to5 dan mendukung pelan jangka panjang 4D MAF ATM. Keupayaan ini berperanan sebagai force multiplier kepada TLDM untuk merapatkan jurang maklumat melalui pelaksanaan Intelligence, Surveillance and Reconnaissance (ISR) secara berterusan. Perolehan aset ini memberi keupayaan kepada TLDM untuk melaksanakan pemantauan perairan negara dengan lebih berkesan.

Aspirasi TLDM ini berjaya direalisasikan melalui inisiatif Keselamatan Maritim United States Office of Defence Cooperation (US ODC) di bawah program Building Partner Capacity yang menawarkan pemberian UAS jenis ScanEagle kepada TLDM. Pemberian secara one-off ini telah diluluskan oleh Lembaga Jemaah Menteri pada 9 Nov 18. Senarai peralatan yang diterima adalah seperti berikut:

a. 12 x Pesawat ScanEagle Block E.
b. 11 x Ground Control Station (GCS).
c. 4 x Mk 4 Launcher.
d. 4 x Mk 1 Mod 2 Skyhook Recovery System.

Program UAS TLDM secara rasminya telah dilancarkan pada 21 Nov 18. Ini disusuli dengan penubuhan Tim Nukleus TLDM semasa majlis pelancaran tersebut. Sejajar dengan perkembangan program, TLDM telah menubuhkan skuadron UAS, SKUADRON 601. Penamaan ini adalah kesinambungan bagi skuadron helikopter iaitu SKUADRON 501 (Super Lynx) dan SKUADRON 502 (Fennec). Untuk tujuan ini, angka 6 telah dipilih sebagai angka permulaan bagi nombor skuadron pesawat UAS.

Wakil Field Installation Team (FIT) dan Field Service Representative (FSR) dari syarikat Boeing-Insitut telah hadir ke SKUADRON 601 pada 26 Jan 21 bagi pelaksanaan Initial Operation Check (IOC) UAS ScanEagle. Penerbangan sulung telah berjaya dilaksanakan pada 4 Feb 21 di Stesen Udara TLDM Kota Kinabalu Sabah dan penerimaan UAS ScanEagle telah dilaksanakan antara Panglima Armada Timur bersama dengan wakil FSR dan FIT pada 5 Feb 21.

Majlis Pengisytiharan Penubuhan SKUADRON 601 secara rasminya telah dilaksanakan pada 4 Mac 21 yang telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut yang turut dihadiri oleh delegasi dari Amerika Syarikat dan wakil dari Kementerian Pertahanan. Kini, kru UAS sedang melaksanakan fasa latihan dengan dipantau sepenuhnya di bawah pengawasan FSR selama 12 bulan. Ini adalah bertujuan membantu kru operasi mencapai tahap kompetensi melalui operational training yang dilaksanakan.