Image
Image
Image

Select your language

Image
Image
Image

KUALA LUMPUR, 6 Jan - Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan TLDM, Pegawai Kehormat PSSTLDM dan Pegawai PSSTLDM di Bilik Mesyuarat Markas Tentera Laut, hari ini.

Senarai Pegawai Kanan TLDM dan PSSTLDM yang dinaikkan pangkat seperti berikut:

1. Kepten Ruzman bin Mat TLDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Laksamana Pertama.
2. Kepten Lukman Hanafiah bin Azamar Omar @ Ahmad Badaruddin TLDM dinaikkan ke pangkat Pemangku Laksamana Pertama.
3. Lt Madya Easter Dennis PSSTLDM dinaikkan ke pangkat Leftenan PSSTLDM.
4. Lt Madya Rozeetah binti Tuhairun PSSTLDM dinaikkan ke pangkat Leftenan PSSTLDM.
5. Lt Madya Norfazleena Fazrin binti Muhammad PSSTLDM dinaikkan ke pangkat Leftenan PSSTLDM.
6. Lt Muda Siti Norakmal Aisyah binti Marzuki PSSTLDM dinaikkan ke pangkat Leftenan Madya PSSTLDM.

Laksamana Datuk Zulhelmy turut menyempurnakan pemakaian pangkat Kepten Kehormat PSSTLDM kepada Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim. Beliau merupakan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu.

Majlis dihadiri Pegawai Kanan TLDM sekitar Lembah Klang.

Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image