KUALA LUMPUR, 7 Nov - Satu upacara perbarisan telah diadakan pagi ini di KD SRI GOMBAK sebagai penghargaan kepada Pegawai Memerintah, Kepten Mohamad Faris bin Daud TLDM yang akan bertukar keluar. Perbarisan melibatkan warga KD SRI GOMBAK diketuai oleh Leftenan Komander Imansyah bin Suparyono TLDM.

Pada sebelah petang, telah diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah yang disempurnakan Pemangku Asisten Ketua Staf Pentadbiran dan Sekretariat, Kepten Md Zaman bin Hassan TLDM. Komander Shamsul Amery bin Zainuddin TLDM telah dilantik mengambil alih jawatan Pegawai Memerintah daripada Kepten Mohamad Faris yang bertukar ke Markas Pemerintahan Armada Timur.

Di dalam ucapan beliau, Kepten Md Zaman merekodkan penghargaan kepada Kepten Mohamad Faris atas sumbangan dan jasa beliau sepanjang berkhidmat di KD SRI GOMBAK.

Kepten Md Zaman turut mengucapkan tahniah kepada Komander Shamsul Amery di atas pelantikan beliau yang menzahirkan kepercayaan pengurusan tertinggi TLDM terhadapnya.

Fair winds and following seas, Captain Mohamad Faris and all the best in your new assignment, Commander Shamsul Amery.

#NavyUpdate