LUMUT, 11 Okt – Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) telah melangsungkan Persidangan Perwakilan Tahunan Negara Ke-15 di Auditorium Venus, Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM. Persidangan Tahunan kali ini melibatkan lebih 200 perwakilan dari 16 Cawangan PVTLDM seluruh negeri.

Perasmian persidangan dan ucaptama telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera TLDM, Laksmana Muda Dato' Ir Ts. Hj Mohd Shaiful Adli Chung bin Abdullah. Intipati ucaptama Ketua Jurutera TLDM antara lain menyatakan bahawa pihak TLDM merasa bangga jika PVTLDM boleh mencapai tiga Strategic Outcome agar maju dan unggul dalam hal berkaitan:
Well-being ahli atau Veteran diambil berat serta “to facilitate”, selaras dengan Piagam Persatuan.

Sebuah platform yang disegani/dihormati, “suara” didengari.

Persatuan yang “self-reliant” dalam aspek OPEX (Operational Expenditure) dan CAPEX (Capital Expenditure), serta tidak bergantung harap sepenuhnya dengan dana entiti lain.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua AJK terlibat dan perwakilan yang hadir untuk bermesyuarat. Kehadiran dan komitmen ahli PVTLDM di mesyuarat adalah testament untuk terus berkhidmat dalam eko-sistem persatuan, selaras dengan moto PVTLDM iaitu Terus Berjuang.