BANGSAR, 22 Nov - Seminar melibatkan pemain di industri aeroangkasa, khususnya enjin pesawat telah dilaksanakan di Hotel M Resort di bawah anjuran Global Turbine Asia Sdn Bhd dengan tema “Shaping The Future Together”. Hampir 200 pemain di industri melibatkan wakil OEM seperti Safran Helicopter Engine, Airbus, Leonardo Helicopter serta Agensi Kerajaaan, ahli akademia serta bankers telah terlibat. Bagi Agensi Kerajaan, pengguna utama yang hadir ialah delegasi dari TUDM, Tentera Darat Malaysia, TLDM, PDRM, APMM serta Bomba & Penyelamat Malaysia.

Seminar diserikan dengan Keynotes Address oleh Ketua Jurutera TLDM, Laksamana Muda Dato’ Ir. Ts. Haji Adli Chung, seterusnya disusuli upacara perasmian. Bagi intipati ucaptama, strategic views yang diutarakan ialah industri aeroangkasa negara diyakini mampu maju dan unggul, sekiranya eko-sistem mencapai 3 elemen berikut:

Self-reliance with in-house capability for certain niche area/market.

Be resourceful players.

Contribute to “Feel and Felt” Landscape and be able to penetrate regional market.


Sekalung tahniah diucapkan kepada semua peserta seminar serta pihak penganjur. Diharap interaksi, diskusi dan resolusi yang dicapai memenuhi matlamat seminar iaitu together we shape the future. Bagi penganjuran akan datang, disaran ianya berbentuk seminar serta discourse yang bersesuaian, tetapi dengan penglibatan pihak pembuat dasar melalui platform yang diiktiraf.

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office
Artikel   : Laksamana Muda Dato’ Ir. Ts. Haji Mohd Shaiful Adli Chung
Foto      : Hanisah binti Zakaria, Global Component Asia Sdn Bhd