


PROGRAM WACANA KEPIMPINAN BERSAMA ORANG KENAMAAN
KUALA LUMPUR, 30 Jun – TLDM telah menganjurkan Program Wacana Kepimpinan Bersama Orang Kenamaan buat julung kalinya di Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Program berkonsepkan Diner’s Club ini menghimpunkan 80 pegawai kanan TLDM dan diserikan dengan kehadiran Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain, sebagai tetamu kehormat.
Program Wacana ini menampilkan Komander (Kehormat) Prof. Dato’ Sri Dr. Hj Irmohizam bin Ibrahim PSSTLDM, Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, sebagai penceramah jemputan. Beliau telah berkongsi tentang “Ethical Leadership and Governance in the Royal Malaysian Navy: A Pillar of National Security”, yang menekankan kepentingan nilai-nilai teras TLDM: Honour (Kemuliaan), Loyalty (Kesetiaan), Courage (Keberanian) dan Pride (Kebanggaan) sebagai asas pembentukan kepimpinan berintegriti.
Sesi tersebut turut mengetengahkan keperluan “Visiblity, Advocacy and Perception Management” untuk mengukuhkan kepercayaan orang ramai, menjelaskan misi TLDM dan mempamerkan profesionalisme dan dedikasi warga Navy People dengan kepimpinan beretika dan tadbir urus yang telus. Pendekatan ini diyakini dapat menyokong pelaksanaan agenda Ekonomi Biru negara secara mampan dan strategik.
Penganjuran program ini telah membuka perspektif baharu di kalangan peserta, khususnya dalam menyedari peranan penting etika dalam pembentukan kepimpinan warga Navy People.
Artikel : Royal Malaysian Navy Sea Power Centre
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Best Viewed : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
COPYRIGHT | PRIVACY & POLICY | DISCLAIMER | SITE MAP