PASUKAN SIMPANAN TENTERA LAUT KUANTAN

Dalam rancangan pembesaran Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM), Jemaah Menteri telah bersidang pada 22 Jun 88 dan bersetuju untuk meluluskan penubuhan beberapa unit PSSTLDM di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi memenuhi keperluan pertahanan negara. Pelaksanaan penubuhan Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) KUANTAN ini dibuat secara berperingkat-peringkat dengan harapan unit-unit PSSTLDM yang akan ditubuhkan mampu beroperasi dan menjalankan pentadbiran sendiri dengan sepenuhnya pada masa hadapan. Tarikh berkuatkuasa perkhidmatan anggota PSSTLDM di Nukleus Sri Kuantan ialah pada 17 Feb 89.

Kini PSTL KUANTAN terletak di kawasan RKTLDM Balok Sejahtera Kuantan. PSTL KUANTAN telah dipindahkan dari Pangkalan TLDM Tanjung Gelang Kuantan pada November 2007 dan mengambil alih bangunan PERNAMA dan BAKAT yang juga dipindahkan ke dalam Kompleks Perumahan TLDM Balok Perdana, Kuantan.