KD SULTAN ISMAIL

Pentauliahan dan Perasmian KD SULTAN ISMAIL (KDSI) adalah pada 26 Feb 2005 dan telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim. Pegawai Memerintah pertama KDSI ialah Kept Dato' Lee Kwang Lock TLDM.

KDSI bertanggungjawab ke atas semua perkara berkaitan latihan asas, pengetahuan, sikap dan kemahiran Perajurit Muda TLDM, mentadbir dan menguruskan semua jenis latihan dari segi fizikal, mental dan spiritual kepada Perajurit Muda TLDM sebelum mereka menjalani latihan lanjutan di KD PELANDOK, Lumut.

MISI
‘Melatih Perajurit Muda dengan cekap dan berkesan bagi melahirkan warga TLDM

yang berintegriti dan memberi bantuan perkhidmatan kepada ATM serta agensi kerajaan yang beroperasi di kawasan selatan'.

VISI
'Menjadikan unit ini sebagai pusat latihan asas TLDM berlandaskan budaya cemerlang dan pangkalan hadapan

TLDM yang berkualiti'.