Panglima Armada Barat menyempurnakan pemakaian beret ungu PASKAL

LUMUT, 8 Jul - Majlis Penutup Kursus Asas PASKAL Siri 72/23 telah disempurnakan oleh Panglima Armada Barat YBhg Laksamana Madya Datuk Abu Bakar bin Md Ajis diiringi oleh Panglima Pasukan Khas Laut Laksamana Pertama Dato’ Hj Mohd Redzuan bin Hj Talib. Panglima Armada Barat telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan pemakaian beret ungu PASKAL kepada penuntut kursus yang berjaya menamatkan latihan tersebut.

Penghormatan ini sejajar dengan usaha dan pahit getir yang dilalui 16 orang peserta dalam mengharungi segala ujian demi menjadi salah seorang anggota pasukan elit yang terbaik dan menjadi kebanggaan TLDM.

Kursus Asas PASKAL siri 72/23 telah dimulakan pada 26 Mac 23 dengan penyertaan 70 anggota yang terdiri daripada 4 pegawai dan 66 anggota LLP. Setelah melalui 5 peringkat tahab latihan, diakhir kursus hanya 16 orang anggota sahaja yang terdiri daripada 1 pegawai dan 15 LLP telah berjaya melepasi kursus ini. Senario ini membuktikan PASKAL adalah sebuah pasukan yang mengutamakan kualiti dalam memastikan warga baharu PASKAL adalah benar-benar layak untuk bergelar seorang anggota PASKAL sesuai dengan cogan kata, “Sentiasa Yang Terbaik”. Tahniah dan Syabas diucapkan.