Image
Image
Image

Select your language

Anggota TLDM kolaborasi dengan PDRM serta RELA melaksanakan SJR

LUMUT, 24 Mei – Tentera Laut Diraja Malaysia sentiasa komited dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di daerah Manjung, Perak. Kerjasama antara TLDM, agensi penguatkuasa lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PRDM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dalam penugasan sekatan jalan raya (SJR) bagi membantu melandaikan lengkungan jangkitan COVID-19 melalui Operasi PENAWAR.

Markas Pemerintahan Armada Barat menjadi unit yang bertanggungjawab untuk mengatur gerak warga Navy People dari Pangkalan TLDM Lumut bagi menjayakan Operasi PENAWAR tersebut di empat buah lokasi SJR yang telah dikenalpasti sebagai kawasan sempadan daerah Manjung.

Empat lokasi SJR adalah di KM 73 Beruas, KM 20 Sitiawan-Ipoh, KM 7 Pantai Remis-Taiping dan KM 23.5 Sitiawan-Kayan bagi memastikan kepatuhan orang awam terhadap pelaksanaan PKP 3.0 dalam usaha kerajaan Malaysia untuk menangani penularan wabak COVID-19 apabila pola keberjangkitan menunjukkan peningkatan yang semakin serius.

Dengan pelaksanaan SJR di kawasan yang strategik ini dapat mengurangkan pergerakan orang awam untuk merentas daerah mahupun merentas negeri bagi memutuskan rangkaian COVID-19 di Malaysia. Oleh yang demikian, kami selaku salah satu organisasi petugas barisan hadapan menyeru agar rakyat Malaysia terus mematuhi arahan sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP. Sila amalkan norma hidup baharu dengan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk sama-sama membanteras penularan COVID-19.  

Sumber : Pejabat Komunikasi Strategik MPAB

Image
Image
Image
Image
Image
Image