


MAJLIS PENUTUPAN OP PATKOR MALINDO 168/25 DI MAWILLA 3
LANGKAWI - Upacara Penutupan Op PATKOR MALINDO 168/25 telah disempurnakan oleh Kept Yusman bin Darmawan TLDM, Timbalan Panglima Wilayah Laut 3 di Dewan Tun Rahah, Pangkalan TLDM Langkawi pada 30 Jun 24. Turut hadir semasa upacara tersebut adalah Letkol Laut (P) Valentino Pasalbessy, Komandan Satuan Kapal Patroli, LANTAMAL 1 selaku Komandan Satuan Tugas TNI-AL, serta Kdr Khairuddin bin Mohamad Paudzi TLDM, Ketua Staf Operasi MPA Barat merangkap Ketua Gugus Tugas.
Op PATKOR MALINDO 168/25 ini telah berlangsung dari 23 Jun hingga 1 Jul 25 di perairan Selat Melaka yang melibatkan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD LAKSAMANA HANG NADIM dan KD KINABALU bersama aset Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) iaitu KRI BUBARA dan KRI LEPU. Ianya bertujuan bagi meningkatkan tahap keselamatan perairan Selat Melaka disamping mengukuhkan keyakinan komuniti maritim di perairan ini.
Op PATKOR MALINDO pada siri ini telah memperlihatkan komitmen yang jitu, persefahaman yang tinggi serta berjaya mencerminkan hubungan harmoni oleh kedua-dua angkatan tentera laut. Acara penutup ini juga turut melibatkan beberapa aktiviti lain iaitu Kunjungan Hormat ke atas Timbalan Panglima Wilayah Laut 3 oleh wakil TNI-AL, Perbincangan Pegawai Operasi dari kedua- dua negara, acara sukan persahabatan dan diakhiri dengan Majlis Malam Mesra.
Pelaksanaan operasi bersama angkatan tentera laut sahabat seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang bagi memastikan hubungan yang telah sedia terjalin terus diperkukuhkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
Artikel: Lt Irma binti Sudirman PSSTLDM
Foto: P/LK JTP Muhammad Izuan Hakim bin Mat Noor
MARKAS TENTERA LAUT, WISMA PERTAHANAN, JALAN PADANG TEMBAK, 50634 KUALA LUMPUR
Emel : webmaster@navy.mil.my | Tel : (60)3-40160159
Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge
HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN
Â
Â