Ramai bertanya dari mana datangnya istilah The Navy People, dan sejak bila ianya digunakan.  Persoalan kerap timbul kerana istilah ini selalu digunakan di perutusan rasmi Pengurusan Tertinggi TLDM dan juga penerbitan di mass-media TLDM.

Sebagai maklumat, istilah The Navy People adalah usul daripada Panglima Tentera Laut Ke-16, Laksamana Tan Sri Dato’ Seri Panglima (Dr.) Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin.  Usul ini timbul susulan pemerhatian mendapati Tentera Laut Diraja Australia menamakan warganya sebagai Our People.  Justeru istilah The Navy People telah mula diperkenalkan di dalam TLDM bermula pada tahun 2017. Sebenarnya ungkapan The Navy People adalah meluas, bukan sahaja merangkumi warga TLDM yang masih berkhidmat serta keluarga mereka, malah turut melibatkan para Veteran TLDM.

Diharap penjelasan ringkas ini dapat merungkai persoalan yang kerap ditanya oleh warga TLDM dan juga awam berkaitan istilah The Navy People. Semoga ianya memberi impak dan maksud yang positif untuk kecemerlangan organisasi.

Sumber: Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office
Artikel  : Laksda Datuk Ir. Ts. Mohd Shaiful Adli Chung

Foto    : RMN Sea Power Centre