Ketua Jurutera TLDM, Laksamana Muda Datuk Ir. Ts Mohd Shaiful Adli Chung melakar sejarah sebagai warga Navy People yang pertama memiliki design and pattern rights berdaftar di Malaysia mengikut Akta Hak Cipta 1987. Kelulusan pendaftaran tersebut diperoleh pada 29 Jun 2020 daripada Pengawal Hak Cipta Malaysia. Lebih membanggakan, beliau memegang 2 design and pattern rights di mana satu daripadanya telah diimplemensi atau “dikomersialkan”.

Hasil usaha dan pencapaian beliau wajar dijadikan inspirasi dan motivasi kepada warga Navy People untuk berusaha memperoleh kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburi. Ini bagi memastikan TLDM terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Maklumat tambahan berkaitan Ketua Jurutera TLDM boleh dicapai di pautan berikut: https://www.facebook.com/355294844528530/posts/pfbid0AgE7znhgTkP7CZAUWrZ3skDfoMndLSuf33S95iCMwLd6oiqMxeJW4AwMZ6KMdUWcl/

Sumber : Markas Tentera Laut, Bahagian Kejuruteraan, RMN Chief Engineer Office
Artikel : Kepten Ts. Abdul Razak bin Ahmad TLDM
Foto : Mk TL – Sumber Manusia dan Lt Dya Muhammad Fadzil bin Mashor TLDM