PANGLIMA TLDM
LAKSAMANA TAN SRI ABDUL RAHMAN BIN AYOB
PGAT PSM PJN PSAT DPMS PGDK DPSM PAT JSM KAT KMN PJM PPS PPA
National Order of Merit MA Strat (Deakin) Dip PSP (UM) dssc psc
Laksamana Tan Sri Abdul Rahman dilahirkan pada 2 Dis 1964 di Johor Bahru, Johor. Beliau mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia pada 2 Jul 1982 dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM Cawangan Eksekutif pada 13 Jun 1984. Pencapaian akademik tertinggi beliau adalah Master of Arts (Strategic Studies) dari Deakin University, Australia. Laksamana Tan Sri Abdul Rahman telah dilantik sebagai Panglima Tentera Laut Ke-18 pada 27 Januari 2023.
Kerjaya beliau sebagai seorang Submariner bermula pada tahun 1993 apabila beliau memperolehi Lencana Kepakaran Kapal Selam setelah menamatkan latihan kapal selam di HMAS PLATYPUS, Australia. Beliau seterusnya menjalani Latihan Pengenalan Kapal Selam di Sweden pada tahun 1995 dan di Perancis pada tahun 1999 serta berjaya menamatkan Kursus Asas Kapal Selam (AGOSTA Class) pada tahun 2006 di Perancis.
Laksamana Tan Sri Abdul Rahman telah memegang beberapa jawatan penting di dalam TLDM dan Misi PBB antaranya sebagai Komander Angkatan Kapal Selam TLDM, Timbalan Ketua Misi bagi Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao, Filipina, Panglima Wilayah Laut 2, Panglima Armada Timur dan Timbalan Panglima Tentera Laut.
Laksamana Tan Sri Abdul Rahman telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Sri Dr Norinah binti Mustapha dan dikurniakan 4 orang anak lelaki. Beliau aktif dalam sukan tenis dan golf.
PANGLIMA
TENTERA LAUT
LAKSAMANA MADYA DATO' ZULHELMY BIN ITHNAIN
PSAT DPMS DSPN PAT SIS KAT PJM PPS PPA Order of Legion
d’Honneur (France) rcds (UK) MNSA psc
Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain dilahirkan pada 2 Januari 1968 di Dato’ Keramat, Kuala Lumpur. Beliau memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai Pegawai Kadet pada 6 Ogos 1986 dan ditauliahkan dua tahun kemudian sebagai Leftenan Muda dalam cawangan Eksekutif.
Menjangkau usia perkhidmatan beliau selama 37 tahun, beliau telah memegang pelbagai perjawatan di kapal mahupun di pangkalan. Antara perjawatan yang pernah beliau sandangi adalah Pegawai Navigasi dan Pegawai Laksana KD KRIS, Pegawai Navigasi KD GANYANG, Pegawai Persenjataan KD PAUS, Pegawai Persenjataan KD GANYANG, Pegawai Penyelidik PUSTAKMAR, Jurulatih Peperangan Fakulti Pegawai, KD PELANDOK dan Pegawai Peperangan Utama KD LEKIU. Beliau juga pernah diperjawatkan sebagai Pegawai Staf Kapal Selam di Markas Tentera Laut sebelum menyertai Kursus Latihan Kapal Selam di Perancis.
Selain itu, beliau juga merupakan Pegawai Memerintah Kapal Selam Pertama TLDM dan Pegawai Kanan Skuadron Kapal Selam Pertama iaitu KD TUNKU ABDUL RAHMAN. Beliau telah menjalani Kursus Kapal Selam yang dikendalikan oleh Pusat Latihan Tentera Laut Perancis, NAVFCO di Brest, Perancis pada tahun 2005 hingga 2009 dan dianugerahkan Sijil Kelayakan Pegawai Memerintah Kapal Selam jenis Agosta sebelum dilantik sebagai Pegawai Memerintah Pertama Kapal Selam jenis Scorpene, KD TUNKU ABDUL RAHMAN. Sejarah tercipta apabila beliau berjaya belayar dengan membawa pulang Kapal Selam Pertama Malaysia, KD TUNKU ABDUL RAHMAN dari Perancis ke Malaysia yang mengambil masa hampir dua bulan.
Laksdya Dato’ Zulhelmy juga turut telah memegang beberapa jawatan lain semasa berkhidmat di Angkatan Kapal Selam TLDM. Antaranya, Pegawai Memerintah Pusat Latihan Kapal Selam TLDM, Timbalan Panglima Angkatan Kapal Selam dan Ketua Staf merangkap Panglima Angkatan Kapal Selam sebelum menyertai kursus di Royal College of Defense Studies, United Kingdom. Seterusnya beliau diperjawatkan sebagai Asisten Ketua Staf Pembangunan (J5), Markas Angkatan Bersama. Beliau juga pernah diperjawatkan sebagai Panglima Angkatan Kapal Selam pada tahun 2018. Selain itu, beliau turut diberi kepercayaan menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan, Markas Tentera Laut dan Panglima Wilayah Laut 1 di Kuantan, Pahang.
Sebelum memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Laut, beliau merupakan Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS). Laksdya Dato’ Zulhelmy merupakan graduan daripada US Naval War College, Naval Staff College, Newport, Rhode Island pada tahun 2001. Beliau juga adalah alumni National Defence College of The Philippines di mana beliau mendapat Ijazah Sarjana dalam National Security Administration pada tahun 2012 dan pernah menerima The Outstanding Alumni Award pada 2018.
Laksdya Dato’ Zulhelmy berkahwin dengan Kdr Datin Zamzelina binti Ahmad TLDM (B) yang merupakan pesara TLDM yang menjalankan perniagaannya sendiri. Mereka telah dikurniakan dua (2) orang cahaya mata. Bagi mengisi masa lapang, beliau aktif dalam sukan golf
TIMBALAN PANGLIMA TENTERA LAUT
LAKSAMANA MADYA DATO’ Ts. SHAMSUDDIN BIN HJ LUDIN
PSAT DSIS PAT JMN SDK KAT AMN PJM PPS PPA MMgt DS (UCAN)
Grad Cert Maritime Studies (UoW) Dip HRM (OUM) ncc psc(j)
PANGLIMA
ARMADA BARAT
LAKSAMANA MADYA DATUK HJ MUHAMMAD RUZELME BIN HJ AHMAD FAHIMY
PGDK DPTS PAT PMP KAT KMN ADK PJM PPS PPA MMgt (UM) Dip PSP (UM) ncc psc
Laksamana Madya Datuk Hj Muhammad Ruzelme bin Hj Ahmad Fahimy dilahirkan pada 16 Jun 1965 di Gopeng, Perak Darul Ridzuan. Beliau telah memasuki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3 September 1984 dan telah ditauliahkan pada 6 November 1986. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di kapal-kapal TLDM dan pernah menjawat jawatan Pegawai Laksana dan Pegawai Komunikasi di KD KRIS, KD MUSYTARI, KD PARI, KD LEKIR dan KD KASTURI. Beliau juga telah menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah KD PARI dan juga KD KEDAH merangkap Pegawai Kanan Skuadron PV ke-17.
Beliau telah diperjawatkan di beberapa jawatan di peringkat strategik di Markas Tentera Laut dan Markas Angkatan Tentera Malaysia. Di antara perjawatan yang pernah disandang adalah PS 1 Dasar dan Penyelidikan Sumber Manusia, PS 1 Pengurusan Perkhidmatan Pegawai, Pengarah Operasi MK TL, Pengarah Pusat Operasi Pertahanan (POP) Mk ATM, Asisten Ketua Staf Siaga di Markas Armada, Panglima Kesiagaan, Timbalan Inspektor Jeneral, Inspektor Jeneral TLDM, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia dan kini menjawat jawatan sebagai Panglima Armada Timur mulai 20 Januari 2023.
Beliau telah menghadiri beberapa kursus di luar negara seperti Foreign Officer Minor War Vessel CO/XO Desig di Australia, Kursus Panjang Komunikasi di India, Flight Deck Officer di United Kingdom dan Naval Command College di Newport Rhode Island, Amerika. Dalam akademi beliau telah memperolehi Sarjana Pengurusan dan Diploma Pengajian Sains Pertahanan dari Universiti Malaya.
Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Hjh Aznor Hayati binti Hj Abdul Wahab dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata. Beliau aktif dalam bidang sukan golf, menembak dan juga berbasikal.
PANGLIMA
ARMADA TIMUR
LAKSAMANA MUDA FARIZAL BIN MYEOR
PSAT PAT PMP KAT KMN PJM PPS PPA MSc Strategy & Diplomacy (UKM) Dip SDS (UM)
Fellow Scholar (NDUM) nrc psc
Laksda Farizal Myeor dilahirkan di Lumut, Perak pada 18 Februari 1969. Beliau telah menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1987. Beliau merupakan pegawai TLDM berkepakaran Peperangan (Persenjataan) dan mendapat latihan di negara India dan Itali pada tahun 1995 hingga 1997. Laksda Farizal Myeor adalah alumni kepada Maktab Tentera Diraja sejak tahun 1986, Maktab Turus Angkatan Tentera (Haigate) sejak tahun 2005 dan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDHL - Kementerian Luar Negeri) sejak tahun 2012. Beliau berkelulusan Diploma Pengajian Pertahanan dari Universiti Malaya pada tahun 2005 dan Sarjana Sains di dalam bidang Strategi dan Diplomasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2012. Beliau juga merupakan peserta perintis Kursus Ketahanan Nasional dan merupakan Fellow Scholar kepada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sejak tahun 2020.
Sepanjang perkhidmatan di dalam TLDM yang menjangkau ke 35 tahun, Laksda Farizal Myeor telah berpeluang berkhidmat di laut mahupun unit pangkalan. Perjawatan beliau di laut kebanyakannya berkisar kepada tugas peperangan termasuklah sebagai Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA HANG NADIM dan KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, kedua-duanya merupakan kapal dari kelas Korvet. Bagi perjawatan di unit pangkalan pula, Laksda Farizal Myeor memperolehi banyak pengalaman berharga sebagai Pengerusi Bersama untuk perbincangan dua hala antara Tentera Laut dan pelbagai bentuk perbincangan serta kerjasama pelbagai hala semasa memegang pelbagai jawatan penting di Markas Tentera Laut, Kuala Lumpur. Laksda Farizal Myeor juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Memerintah dan Ketua Bahagian Latihan di Pusat Taktik Maritim (PUSTAKMAR) yang bertanggungjawab sebagai pusat latihan simulasi peperangan di peringkat taktikal dan operasional untuk TLDM. Selain itu, beliau pernah menjadi Pegawai Memerintah untuk Pusat Kepimpinan TLDM dan Timbalan Panglima merangkap Ketua Staf bagi Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM serta memegang jawatan sebagai Ketua Staf di Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM. Laksda Farizal Myeor juga telah berkhidmat sebagai Timbalan Panglima Armada Barat sebelum menjawat jawatan sebagai Panglima Wilayah Laut 1 mulai 1 November 2022.
Laksda Farizal Myeor mempunyai prinsip kerja yang tegas namun fleksibel di dalam mendokong hasrat dan objektif institusi. Beliau yang juga merupakan Penasihat Tred Kepakaran Peperangan bagi TLDM amat komited dalam usaha meningkatkan keupayaan sumber manusia, terutamanya kompetensi dan profisiensi warga Armada TLDM dalam melaksanakan tugasan. Beliau percaya bahawa selain kesungguhan, semua warga Armada TLDM perlu bertekad untuk melaksanakan sesuatu tugasan secara betul pada kali pertama, selain menerapkan integriti sebagai asas diri sepanjang masa.
Laksda Farizal Myeor telah berkahwin dengan Sharifah Balkhis binti Syed Salim, seorang suri rumah sepenuh masa dan dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata. Beliau meminati sukan golf sebagai acara riadah selain gemar membaca dan memancing di waktu terluang.
PANGLIMA
WILAYAH LAUT 1
LAKSAMANA MUDA DATO' KHIR JUNAIDI BIN IDRIS
DSIS PSAT PAT SMT PKK KAT KMN PJM PPS PPA MA Defence (UNSW) PSC
Laksamana Muda Dato' Khir Junaidi mula menyertai TLDM pada tahun 1985 dan telah menerima latihan asas ketenteraan di Pusat Pendidikan dan Latihan di Lumut, Perak. Berbekalkan pengetahuan dan kepakaran sebagai Pegawai Navigasi, beliau pernah memegang beberapa jawatan di dalam TLDM. Antaranya adalah Pegawai Navigasi di KD TOMBAK, KD GEMPITA, KD RAHMAT, KD KASTURI, KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN dan Pegawai Laksana di KTD KEPAH. Beliau juga pernah diperjawatkan sebagai Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN pada tahun 2007.
Laksamana Muda Dato' Khir Junaidi juga mempunyai pengalaman yang meluas berkenaan latihan dan pernah bertugas sebagai Pegawai Latih Navigasi di Pusat Pendidikan dan Latihan KD PELANDOK, Pegawai Staf Latih TLDM di Pusat Latihan Rekrut Woodlands dan sebagai Pegawai Staf 2 Operasi dan Perancangan di MTL. Berdasarkan pengalaman yang dimiliki, beliau telah diberi penghormatan untuk bertugas di Markas ATM, sebagai Penasihat Ketenteraan kepada Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 2004, seterusnya sebagai Penasihat Tentera Laut kepada Timbalan Panglima Tentera Laut pada tahun 2005 dan sebagai Ketua Pegawai Staf Eksesais, Markas Pemerintahan Armada Barat pada 2008. Pada 2010 hingga 2015, beliau ditugaskan sebagai Penasihat Pertahanan Malaysia di Paris, Perancis dan seterusnya sebagai Pengarah Pasukan Simpanan, Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Laut.
Pada 2018 atas khidmat bakti yang cemerlang, beliau diperjawatkan sebagai Timbalan Panglima Armada Barat, di Markas Pemerintahan Armada Barat dan seterusnya diperjawatkan sebagai Komander Pangkalan Lumut, Markas Pangkalan Lumut pada November 2019.
Laksamana Muda Dato' Khir Junaidi merupakan alumni Universiti New South Wales @ ADFA, Australia di dalam bidang Sarjana Pengajian Strategik & Pertahanan di Australia pada tahun 2006. Beliau juga pemegang Diploma Pengajian Pertahanan dan Strategik di Universiti Malaya, Malaysia. Bagi menghargai jasa dan bakti beliau, Laksamana Muda Khir Junaidi telah dikurniakan “Pingat Pahlawan Angkatan Tentera”, “Pingat Perkhidmatan Setia”, “Pingat Perkhidmatan Am”, “Setia Mahkota Terengganu”, “Kesatria Mahkota Kelantan”, “Kesatria Mangku Negara” dan “Kesatria Angkatan Tentera”.
Laksamana Muda Dato' Khir Junaidi telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Norhaliza binti Shaari dan dikurniakan 2 anak lelaki dan 4 anak perempuan. Laksamana Muda Dato' Khir Junaidi meminati sukan golf dan berbasikal.
PANGLIMA
WILAYAH LAUT 2
LAKSAMANA MUDA DATO’ PAHLAWAN ABD HALIM BIN HJ SHAARI
PSAT DPTS PAT KAT AMN ACM AMP PJM PKN PPS PPA MSoc Sc DS (UKM)
MStrat DS (BUP) Dip HRM (UM) Dip PSP (UM) mpat psc
Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Abd Halim bin Hj Shaari dilahirkan pada 28 Julai 1966 di Kuala Kangsar Perak. Beliau telah memasuki perkhidmatan TLDM pada 01 September 1985 sebagai Pegawai Kadet pengambilan ke 34 dan telah ditauliahkan sebagai pegawai TLDM pada 01 September 1987.
Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Abd Halim bin Hj Shaari telah menjawat jawatan sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan pada 22 Jan 24. Sebelum ini beliau diberi amanah untuk memegang pelbagai jawatan penting di dalam TLDM antaranya ialah Inspektor Jeneral ATM, Asisten Ketua Staf Pentadbiran & Sekretariat, Pegawai Laksana Stesen Mike, Pegawai Laksana Markas Terumbu, Pegawai Laksana KD PERKASA, Pegawai Peperangan Utama KD KASTURA, Pegawai Laksana KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN, Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA HANG NADIM, KPS Rancang dan Strategik Markas Armada, Pegawai Memerintah KD SULTAN IDRIS I, Pegawai Memerintah KD JEBAT, Pegawai Memerintah KD PELANDOK, Asisten Ketua Staf Siaga Markas Pemerintahan Kesiagaan TLDM, Asisten Ketua Staf Operasi Hadapan (OPHAD) MPA Barat dan Timbalan Ketua Misi TIM Pemantau Antarabangsa Mindanao 14.
Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Abd Halim bin Hj Shaari telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Liliwati binti Ismail dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Beliau seorang yang aktif dalam kegiatan sukan dan pertukangan.
PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN
LAKSAMANA PERTAMA MOHD RAZIB BIN TAHIR
PAT SIS KAT PPS PPA MSoc Sc DS (UKM) M Intl Rel (Deakin) BBA (UNIRAZAK) mpat dssc nsc
Laksamana Pertama (Laksma) Mohd Razib bin Tahir dilahirkan pada 28 Ogos 1971 di Johor. Beliau memasuki perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai Pegawai Kadet pada tahun 1990 dan telah ditauliahkan sebagai Lt Muda dalam Cawangan Eksekutif mulai 1 Julai 1992. Beliau telah berkhidmat di kapal peronda dan Kapal Pembinasa Laju Misil dan Meriam. Laksma Razib telah mendapat kelayakan sebagai Pegawai Operasi pada 2000 setelah menamatkan Kursus Pegawai Peperangan Utama di HMAS DRYAD, United Kingdom. Beliau kemudiannya diperjawatkan sebagai Pegawai Peperangan Utama KD LEKIR dan KD JEBAT pada tahun 2001-2004. Laksma Razib merupakan seorang graduan Naval Staff Course United States Naval War College, Rhode Island.
Laksma Razib telah menyertai perkhidmatan kapal selam mulai Julai 2005 dan merupakan salah seorang daripada perintis Angkatan Kapal Selam TLDM. Beliau telah dilantik sebagai Pegawai Laksana KD TUN RAZAK yang pertama dan terlibat sepenuhnya di dalam pelayaran pulang KD TUN RAZAK dari Perancis ke Malaysia. Beliau telah mengambil alih tampuk pemerintahan KD TUN RAZAK pada tahun 2012-2014 dan kemudiannya melengkapkan peranan beliau di Angkatan Kapal Selam TLDM sebagai Pegawai Memerintah Pusat Latihan Kapal Selam merangkap Ketua Staf Markas Pemerintahan Kapal Selam mulai tahun 2015-2019.
Laksma Razib memiliki Ijazah Sarjana Pengajian Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Hubungan Antarabangsa dari Universiti Deakin, Australia. Kedua-dua ijazah tersebut diperolehi melalui pengajian di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia pada 2016 dan Defence and Strategic Studies Course di Australia War College pada 2020.
Pada 24 Disember 2020, Laksma Razib telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Kapal Selam yang ke-6 dan seterusnya dinaikkan pangkat ke Laksamana Pertama pada 4 Januari 2021. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Rohaizah dan dikurniakan empat cahaya mata.
PANGLIMA ANGKATAN KAPAL SELAM
LAKSAMANA PERTAMA ROSLEE BIN MOHAMAD ISA
PAT SMS PMPKAT KMN PJM PKN PPS PPA PSoc Sc (UKM) Dip PSP (UM) mpdrm psc
PANGLIMA
WILAYAH LAUT 3
LAKSAMANA PERTAMA DATO' HJ MOHD REDZUAN BIN HJ TALIB
DSIS PAT KAT AMN PJM PNBB PPS PPA MSoc Sc (UKM) Dip PSP (UM) mpat psc
Laksamana Pertama Dato' Hj Mohd Redzuan bin Haji Talib TLDM dilahirkan pada 28 September 1967 di Mambau Negeri Sembilan. Beliau telah menyertai Tentera Laut pada 1 September 1985 setelah menamatkan pendidikan di Sekolah Menengah Mantin. Beliau menjawat jawatan sebagai Panglima Pasukan Khas Laut ke-4 pada 19 Februari 2020. Sepanjang berkhidmat, beliau telah memegang pelbagai perjawatan di darat termasuklah Pegawai Memerintah Pasukan Unit 1 dan 2, Pengarah Operasi Khas di Markas Angkatan Bersama dan perjawatan beliau adalah Ketua Staf Markas Wilayah Laut 3.
Laksamana Pertama Dato' Hj Mohd Redzuan telah mengikuti pelbagai kursus profesional dan ketenteraan sepanjang kerjayanya. Antaranya termasuk Kursus Advanced Clearance Diving di HMS PENGUIN Australia dan Kursus Komandan Kontinjen Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bangladesh. Beliau telah memperolehi Sarjana Sains dalam Pertahanan dan Pengajian Strategik dari Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia.
Beliau juga memiliki berbagai pengalaman dalam melayani negara-negara lain seperti MINURSO Sahara Barat dan UNMIS Sudan sebagai pemerhati Tentera untuk misi menjaga keamanan PBB.
Laksamana Pertama Dato' Hj Mohd Redzuan telah berkahwin bersama Datin Hajah Hilda bt Mohd Nor dan dikurniakan 4 orang cahaya mata. Beliau sangat aktif bersukan dan mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang mencabar diri beliau di dalam sukan lasak dan bermain skuasy.
PANGLIMA PASUKAN KHAS LAUT
LAKSAMANA PERTAMA AHMAD SHAFIRUDIN BIN ABU BAKAR
PAT KAT PJM PPS PPA MSoc Sc DS (UKM) MMaritimePol (UOW)Dip PSP (UM) mpat psc
Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin bin Abu Bakar dilahirkan pada 10 Feb 1971 dan menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1989 menerusi skim Pegawai Kadet Tentera Laut dan ditauliahkan sebagai Pegawai TLDM pada 1 Julai 1991. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah diberikan kepercayaan untuk menyandang pelbagai jawatan penting antaranya sebagai Pegawai Laksana KD SRI NEGERI SEMBILAN 1993 hingga 1994, Pegawai Staf di Markas Tentera Laut, dan Pegawai Pemerintah KD LEKIR pada 2012 hingga 2014. Di samping itu, beliau juga adalah seorang Juruterbang Operasi yang berpengalaman dan telah diberikan amanat untuk mengalas tugas sebagai Komander Penerbangan dalam pelaksanaan pelbagai misi penerbangan. Beliau juga adalah Jurulatih Penerbangan yang bertanggungjawab di dalam membimbing juruterbang-juruterbang muda TLDM. Kerjaya sebagai Juruterbang juga telah memberi peluang kepada beliau untuk berkhidmat bersama Tentera Udara Diraja Malaysia dan Unit Udara Jabatan Bomba dan penyelamat Malaysia sebagai Juruterbang Operasi.
Setelah menamatkan pengajian di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera pada tahun 2015, beliau telah di perjawatkan di Bahagian Perancangan Pembangunan Markas Tentera Laut mulai Jan 2016. Beliau telah dinaikkan ke pangkat Laksamana Pertama pada 31 Mei 2018 dan kini menjawat jawatan sebagai Panglima Markas Udara TLDM mulai 12 Okt 2020.
Dari segi kelayakan akademik, Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin merupakan graduan daripada Universiti Wollongong, Australia dalam bidang Master of Maritime Policy dan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan menghadiri Kursus Royal College of Defence Studies (RCDS) di Seaford House London, United Kingdom. Beliau juga telah menghadiri pelbagai kursus peningkatan kerjaya selaras dengan keperluan perkhidmatan.
Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Hayati binti Osman dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Masa lapang Beliau di isi dengan aktiviti kekeluargaan seperti melancong di samping hobi membaca.
PANGLIMA
UDARA TLDM
LAKSAMANA PERTAMA HJ SHAHRIMAN BIN HJ MAHMUD
PAT KAT KMN PJM PPS PPA MSoc Sc DS (UKM) MMaritimePol (UOW) Dip PSP (UM)
Fellow Scholar (NDUM) mpat psc
PANGLIMA
SELAM DAN PEPERANGAN PERIUK API
LAKSAMANA PERTAMA AZEMAN BIN YUSOFF
PAT KAT AAP PJM PPS PPA MMgt (UNITAR) MSoc Sc DS (UKM) mpat psc (SESKOAL)
Laksamana Pertama Azeman bin Yusoff dilahirkan pada 7 Januari 1965 di Cherang Ruku, Kelantan. Beliau memasuki perkhidmatan TLDM pada 7 Julai 1987 dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM pada 24 Jun 1989.
Beliau telah mengikuti pelbagai kursus sepanjang kerjayanya di dalam Tentera Laut Diraja Malaysia yang di antaranya adalah kursus kepakaran Peperangan (1996) dan Kursus Staf di Sekolah Staf dan Komando TNI Angkatan Laut SESKOAL, Indonesia (2002 - 2004). Semasa berkhidmat sebagai Pegawai Staf 1 Penyelidikan dan Pembangunan di Pusat Sumber Maritim dan Sejarah (PUSMAS) TLDM, beliau menyertai Program Ijazah Sarjana Pengurusan di Universiti Antarabangsa UNITAR dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Pengurusan (MMgt) pada tahun 2012. Pada tahun 2014, beliau menghadiri Kursus Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia MAFDC, Kuala Lumpur dan telah di anugerahkan Ijazah Sarjana kedua dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Kajian Pertahanan Strategik (MSoc Sc DS).
Sepanjang 35 tahun perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di 9 buah kapal TLDM termasuk sebagai Pegawai Persenjataan KD PERDANA (1997 – 1999), Pegawai Peperangan Atas Air KD LAKSAMANA TAN PUSMAH (1999 – 2002), Pegawai Memerintah KD BAUNG (2004 – 2006), Pegawai Laksana KD JEBAT (2007 - 2008) dan Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA HANG NADIM (2008 – 2010). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Pentadbiran Markas Tentera Laut (2015 - 2016), Ketua Staf Markas Wilayah Laut 2 (2018 – 2021) dan Ketua Staf Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM (2021) sebelum mengambil alih tampuk pemerintahan Markas Pemerintahan Pasukan Simpanan TLDM pada 20 Dis 2021.
Laksamana Pertama Azeman bin Yusoff telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Siti Raihan Binti Haji Mohamed dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Beliau seorang yang aktif dan meminati sukan golf.
PANGLIMA
PASUKAN SIMPANAN
LAKSAMANA PERTAMA Ts. SHAIFUL BAHRI BIN BAHARUDDIN
PAT KAT KMN AMN PJM PPS PPA CEng CMarEng MSoc Sc DS (UKM) BEng Electrical (UTM)
Dip Eng (Elect) (UTM) P.Tech Fellow Scholar (NDUM) mpat
Laksamana Pertama Ts. Shaiful Bahri bin Baharuddin dilahirkan pada 28 Februari 1967 di Seremban Negeri Sembilan. Beliau telah memasuki perkhidmatan TLDM pada 10 September 1985 sebagai Pegawai Kadet Universiti dalam bidang kejuruteraan elektrik dan telah ditauliahkan sebagai pegawai TLDM 14 Jun 1988. Beliau telah dinaikkan ke pangkat Laksamana Pertama pada 15 Jun 19 dan kini telah dilantik sebagai Panglima Logistik Barat yang kelima.
Sepanjang perkhidmatan, Laksamana Pertama Ts. Shaiful Bahri bin Baharuddin pernah diperjawatkan sebagai Pegawai Teknikal SKTLDM Kuantan, Pegawai Staf 3 WE B di Departmen Tentera Laut, Pegawai Staf 2 Persenjataan di Bahagian Logisitik Pembangunan Projek, Markas Tentera Laut , Pegawai Staf Kawalan Kualiti Markas Panglima Sistem Armada, Timbalan Pegawai Jurutera Elektrik KD JEBAT, Pegawai Memerintah SKTLDM Parit, Pegawai Sensor dan Persenjataan Pasukan Projek Angkatan Kapal Selam TLDM di Logistik CPP, Markas Tentera Laut, Pegawai Staf 1 Sistem Elektronik Dan Persenjataan MkTL (LOG CPP - SEL PPAKS), Pegawai Jurutera Elektrik dan Senjata KD JEBAT, Pegawai Jurutera Merangkap Pegawai Memerintah KD JEBAT, Pegawai Jurutera Elektrik dan Senjata KD JEBAT, Ketua Pegawai Staf NBCD/DCFF Markas Armada, Ketua Fakulti Kejuruteraan KD PELANDOK, Ketua Staf Markas Kejuruteraan TLDM, Pengarah Pengurusan Projek Peralatan di Bahagian Rancang CPP, Markas Tentera Laut dan seterusnya Ketua Pengarah Projek Littoral Combat Ship TLDM. Perjawatan terakhir beliau ialah Ketua Pengarah Pasukan Projek di Bahagian Perancangan dan Pembangunan (N5).
Beliau telah menghadiri pelbagai kursus kerjaya profesional dan akademik dalam dan luar negara seperti di Perancis, United Kingdom, Sweden dan Jerman. Dalam akademik, beliau memegang Diploma Elektrikal Komunikasi dan Ijazah Pertama dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan).
Atas jasa bakti, Beliau telah dianugerahkan dengan beberapa Darjah Kebesaran/Pingat/Bintang iaitu Pahlawan Angkatan Tentera (PAT), Kesatria Angkatan Tentera (KAT), Kesatria Mangku Negara (KMN), Ahli Mangku Negara (AMN) dan Pingat Jasa Malaysia (PJM).
Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Puan Nurulizan binti Nordin dan dikurniakan 2 cahayamata lelaki dan seorang cahayamata perempuan. Beliau menghabiskan masa lapang dengan aktiviti riadah seperti bermain golf dan mengayuh basikal.
PANGLIMA
LOGISTIK BARAT
LAKSAMANA PERTAMA AZIZI BIN HJ AHMAD SARKAWI
Dip Public Admin (UITM) CMILT Fellow Scholar (NDUM) nrc psc
Laksma Azizi bin Hj Ahmad Sarkawi telah memulakan kerjaya dalam TLDM sebagai Pegawai Kadet dan ditauliahkan pada 2 Jul 1993 dalam kepakaran Cawangan Bekalan dan Urusetia.
PANGLIMA
LOGISTIK TIMUR
LAKSAMANA PERTAMA HJ JAMALUDIN BIN HJ SAIRI
PAT SMS KAT PJM PPS PPA MSoc Sc DS (UKM) Dip PSP (UM) Fellow Scholar (UPNM) mpat psc
Laksamana Pertama Hj Jamaludin bin Hj Sairi dilahirkan pada 20 November 1967 di Sabak Bernam, Selangor. Beliau mula berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia pada 4 September 1985 dan seterusnya ditauliahkan pada 1 September 1987.
Laksamana Pertama Hj Jamaludin bin Hj Sairi adalah seorang insan yang sentiasa percaya kepada pembelajaran dan percaya bahawa ilmu pengetahuan sebagai sebahagian daripada peningkatan kecekapan serta kemahiran dalam pengendalian tugas. Selain kursus kerjaya, beliau telah mengikuti pelbagai kursus dalam Tentera Laut Diraja Malaysia, antaranya Long Communication di Pakistan (1995), Key Frequency And Net Management System di Munich, Jerman (2002), Seminar Undang-undang Maritim di Canberra, Australia (2004) dan Kursus Pegawai Pemerhati Tentera di Port Dickson, Malaysia (2005). Pada tahun 2013, Laksamana Pertama Hj Jamaludin bin Hj Sairi telah melanjutkan pengajian di peringkat pengajian tinggi untuk melayakkan beliau sebagai pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah diberi peluang menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Kursus Ketahanan Nasional (KKN) siri 4 pada tahun 2023 bagi persediaan peluang kerjaya yang lebih tinggi.
Berdasarkan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan sikap baik yang ditunjukkan oleh beliau di sepanjang tempoh 38 tahun perkhidmatan, beliau telah diberi kepercayaan memikul tanggungjawab menjawat pelbagai jawatan pemerintah di peringkat operasi dan di peringkat strategik. Antara jawatan yang disandang seperti berikut:
- Ketua Staf Markas Wilayah Laut 1
Kepten TLDM (26 Mac 15 - 16 Feb 16)
- MINDANAO International Monitoring Team 11
Kepten TLDM (17 Feb 16 - 16 Apr 17)
- Pegawai Memerintah KD SULTAN ISMAIL
Kepten TLDM (17 Apr 17 - 11 Mac 18)
- Pegawai Memerintah KD PELANDOK
Kepten TLDM (12 Mac 18 - 21 Feb 21)
- Timbalan Panglima Wilayah Laut 2
Laksamana Pertama (22 Feb 21 - 3 Jan 23)
- Komander Pangkalan Lumut
Laksamana Pertama (3 Jan 24 - sekarang)
Beliau telah berkahwin dengan Puan Azila binti Hj Shaari dan dikurniakan lima orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
KOMANDER PANGKALAN LUMUT
ASISTEN KETUA STAF & KETUA PENGARAH TLDM
LAKSAMANA MUDA DATO' HANAFIAH BIN HASSAN
PSAT DSIS PAT SMS KAT PJM PPS PPA MSoc Sc DS (UKM) Dip PSP (UM) mpat psc
Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan dilahirkan pada 15 Feb 1967 dan merupakan anak kelahiran Kluang, Johor. Mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 16 Jan 1986 dan seterusnya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda TLDM. Sebagai seorang pegawai eksekutif, beliau kemudiannya telah diperjawatkan di KD GANYANG dan KD KELEWANG sebagai Pegawai Navigasi dan Pegawai Laksana sebelum menyertai perkhidmatan hidrografi TLDM. Kerjaya beliau di dalam bidang hidrografi bermula setelah berjaya menamatkan Kursus Asas Hidrografi Kategori B anjuran Japan Hydrographic and Oceanographic Department pada 16 Nov 1992.
Bermula dari tarikh tersebut, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah diperjawatkan di pelbagai unit hidrografi TLDM dan turut diberi peluang untuk menjawat beberapa perjawatan penting antaranya sebagai Pegawai Memerintah KD MUTIARA, Pengarah Pusat Hidrografi dan Oseanografi dan Pengarah Kanan Hidrografi. Selain daripada itu, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan juga turut diberikan peluang untuk berkhidmat di atas kapal hidrografi Tentera Laut Diraja New Zealand, HMNZ MONOWAI melalui program pertukaran pegawai pada tahun 1995 selama 2 tahun. Beliau juga turut berpeluang untuk mengikuti Long Hydrographic Course (Kategori A) di India pada tahun 1997. Berdasarkan pencapaian dan tahap kompetensi beliau di dalam bidang hidrografi, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah dianugerahkan sijil ‘H Charge’ yang mana merupakan gred tertinggi bagi kepakaran hidrografi oleh Panglima Tentera Laut pada 25 Jan 2009.
Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah mengambil alih pucuk pimpinan Pusat Hidrografi Nasional pada 31 Mei 2018 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pengarah Hidrografi Ke-7. Selain bertanggungjawab untuk menerajui Pusat Hidrografi Nasional, beliau juga merupakan ‘The Hydrographer of Malaysia’ yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan aktiviti pengukuran dan pencartaan perairan maritim negara. Sebagai penasihat kepada kerajaan Malaysia berhubung hal ehwal hidrografi, beliau juga merupakan wakil kerajaan Malaysia ke International Hydrographic Organisation (IHO) dan East Asia Hydrographic Commission (EAHC).
Di peringkat antarabangsa, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan merupakan salah seorang Ketua Pengarah Hidrografi yang pernah dilantik sebagai Pengerusi EAHC berikutan dengan perlantikan Malaysia untuk menerajui suruhanjaya tersebut bagi penggal 2015-2018. Selain daripada itu, beliau turut terlibat secara aktif di dalam setiap persidangan dan forum yang dianjurkan oleh IHO dan juga EAHC. Berdasarkan pengalaman beliau, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan telah diberikan kepercayaan sebagai Pengerusi Joint Task Malaysia bagi misi pencarian pesawat MH370 di Joint Agency Coordination Centre (JACC), Canberra, Australia pada tahun 2014. Di dalam penugasan ini, beliau bertanggungjawab untuk menasihati dan menentukan penggunaan aset dibuat secara optimum bagi tujuan pencarian pesawat MH370 dan berperanan sebagai pegawai perantara di antara High Level Technical Task Force Malaysia dan Australia.
Manakala di peringkat kebangsaan, Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan merupakan pengerusi tetap kepada Jawatankuasa Hidrografi Negara, Jawatankuasa Penilaian Kompetensi Juruukur Hidrografi Malaysia, Jawatankuasa Kerja Pengurusan Maklumat Hidrografi Pelabuhan dan Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI. Selain daripada itu, beliau juga merupakan ahli kepada Jawatankuasa Titik Pangkal Negara, Jawatankuasa Teknikal Pelantar Benua Malaysia, Jawatankuasa Bersama Malaysia-Singapura mengenai Alam Sekitar, Tri-partite Technical Experts Group for the Straits of Malacca and Singapore, Jawatankuasa Teknikal Pembatasan Persempadanan Maritim Malaysia-Indonesia dan Jawatankuasa Kerja Teknikal Marine Electronic Highway for Malacca and Singapore Strait.
Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan merupakan graduan lulusan Universiti Kebangsaan Malaysia dan National Defence University Beijing, China di dalam bidang Pengajian Strategik Pertahanan. Beliau juga merupakan bapa kepada lima orang cahaya mata yang meminati aktiviti memancing sebagai hobi beliau di waktu lapang.
PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL
LAKSAMANA MUDA PULENDREN A/L PARAMASIVAM
PAT SMS KAT AMP PJM PNBB (CONGO) PPS PPA MSc EBM (Warwick) Dip PSP (UM) psc
OPERASI DAN STRATEGI
LAKSAMANA MUDA YUSNE BIN MOKHTAR
PAT SIS KAT AMP PJM PPS PPA MSoc Sc DS (UKM) MMaritimePol (UOW) Dip PSP (UM)
Fellow Scholar (NDUM) mpat psc
Laksamana Muda Yusne bin Mokhtar dilahirkan pada 23 Mei 1969 di Selangor. Beliau mula menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1988. Sepanjang tempoh perkhidmatan, Laksda Yusne telah diberi kepercayaan untuk memegang pelbagai perjawatan di kapal mahupun di pangkalan. Antara perjawatan yang pernah di sandang adalah Pegawai Pelayaran, Ketua Sekolah Pengawalseliaan dan Pelaut, Pegawai Memerintah KD KELEWANG, Operasi Ketua Staf HQ COMNAV 1, Ketua Jabatan Simulator KD PELANDOK, Pegawai Staf 1 Perhubungan Antarabangsa TLDM HQ, Pegawai Memerintah KD LAKSAMANA MUHAMMAD AMIN, Pegawai Memerintah KD LEKIU, Pegawai Staf 1 Operasi Ibu Pejabat TLDM, Wakil Kanan Tentera Laut (SNR) untuk CTF 151 di Bahrain,ACoS Maritime Security ESSCOM, Pengarah Ibu Pejabat TLDM, Ketua Staf Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) Mindanao, Staf Pengarah (Tentera Laut) Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia, Timbalan Komander Armada Barat, Pengarah Kanan Perancangan dan Pembangunan di Markas Tentera Laut dan kini sebagai Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan di Markas Tentera Laut.
Laksda Yusne telah mengikuti pelbagai kursus kerjaya dan pengajian akademik di luar negara sepanjang kariernya. Di awal perkhidmatan, beliau telah menjalani latihan asas sebagai Pegawai Kadet Kanan di royal Australian Naval College (RANC) HMAS CRESWELL pada tahun 1988. Beliau seterusnya mengikuti Kursus Kepakaran Navigasi PNS BAHADUR pada tahun 1998. Adv Dip (Kajian Strategik dan Pertahanan) UM pada tahun 2005. Beliau telah menamatkan pengajian di Kolej Staff Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 2005, Sarjana Sastera (Dasar Maritim) UOW Ausstralia pada tahun 2007, Sarjana in Pengajian Pertahanan UKM pada tahun 2013. Belaiu juga telah melanjutkan pelajaran di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 2013 dan Kolej Ketahanan Negara pada tahun 2021.
Laksda Yusne telah berkahwin dengan Puan Norhayati binti Jamaluddin dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN
LAKSAMANA MUDA ABDULLAH SANI BIN ISMAIL
PAT ASDK KAT AMT PJM PPS PPA MNSA Fellow Sholar (NDUM) nrc nsc
INSPEKTOR JENERAL
LAKSAMANA MUDA BAHARUDIN BIN WAN MD NOR
PAT SIS KAT PJM PPS PPA Order of Legion d'Honneur (France) MNSA nsc
SUMBER MANUSIA
LAKSAMANA MUDA HJ SATRIA SARAWAK BIN HJ JAIS
PAT KAT KMN PJM PPS PPA MSc EBM (Warwick) MSoc Sc DS (UKM)
Dip SDS (UM) Dip Sc Log (UTM) CMILT mpat psc
Laksda Hj Satria Sarawak telah memulakan kerjaya dalam TLDM dan ditauliahkan pada 6 Disember 1986 dalam kepakaran Cawangan Bekalan dan Urusetia.
Di awal perkhidmatan, beliau telah ditempatkan untuk menjalani latihan di KD NEGERI SEMBILAN, KD SRI INDERASAKTI dan Markas Wilayah Laut 1, Kuantan. Seterusnya beliau telah memegang jawatan sebagai Pegawai Bekalan Stesyen LIMA TLDM yang pertama pada tahun 1988 dan sebagai Pegawai Staf Unit Pangkalan Terumbu di Markas Wilayah Laut 2, Labuan. Sepanjang 38 Tahun perkhidmatan beliau Antara perjawatan penting di Markas Tentera Laut yang pernah beliau sandang adalah sebagai Pegawai Staf 3 Anggota Pegawai (Bahagian Sumber Manusia) manakala di Bahagian Materiel pula sebagai Pegawai Staf 1 Bekal, Pengarah Kewangan/Belanjawan, Pengarah Pembangunan Materiel dan Pengarah Kanan Materiel. Di Bahagian Rancang dan Operasi, beliau diperjawatkan sebagai Pegawai Staf 1 Kewangan bagi pengurusan projek-projek Pembangunan TLDM dan pengurusan Logistik kapal-kapal TLDM yang beroperasi di luar negara.
Perjawatan di Markas dan Unit Pangkalan TLDM Lumut pula sebagai Pegawai Jurulatih Bekalan dan Ketua Sekolah Komputer di KD PELANDOK, Asisten Ketua Staf Logistik/Komander Materiel di Markas Pangkalan Lumut dan KD MALAYA serta sebagai Pegawai Memerintah Depot Bekalan Armada Barat. Di peringkat Markas ATM, beliau telah menjawat jawatan Pengarah Bahagian Operasi Logistik dan Bantuan Bersama di Bahagian Logistik Pertahanan. Beliau juga pernah bertugas di luar negara sebagai Pegawai ILS dan Katalog di Pasukan Projek Korvet Ke-2, Itali. Laksda Hj Satria terlibat secara langsung dalam penubuhan National Task Force dan merupakan AKS J4 dan Komander Komponen Logistik yang pertama apabila National Task Force ditubuhkan pada Mei 2020. Beliau juga telah diperjawatkan sebagai Panglima Logistik Timur pada 15 Disember 2020 dan seterusnya menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Materiel pada tanggal 8 Februari 2023.
Laksda Hj Satria Sarawak telah menghadiri pelbagai kursus kepakaran dalam bidang logistik, ketenteraan, pengurusan dan pengajian tinggi di pelbagai universiti dalam dan luar negara. Pencapaian akademik tertinggi adalah dalam Sarjana EBM daripada University of Warwick dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau merupakan ahli profesional dalam Charted Malaysia Institute Logistic and Transport serta American Society of Quality. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Bersama Logistik bagi FPDA selama 2 tahun dan menghadiri Seminar Pacific Area Senior Officer Logistic (PASOLS) di Jepun dan China berkaitan Humanitarian Aid and Disaster Relief mewakili ATM.
Laksda Hj Satria telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Hajjah Khatijah Md Nor dan dikurniakan dengan empat orang anak.
MATERIEL
LAKSAMANA MUDA DATO’ Ir. Ts. Hj MOHD SHAIFUL ADLI CHUNG BIN ABDULLAH
PSAT DSIS DPSM PAT KAT KMN PJM PPS PPA BEng (1st Class Hons) Mech Master Eng Sc (Distinction, UNSW Australia) P. Eng MIEM P. Tech MBOT Dip PSP (UM) psc
Laksamana Muda Dato’ Ir. Ts. Haji Mohd Shaiful Adli Chung ialah Ketua Jurutera Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sejak tahun 2018. Dato’ Adli Chung telah berkhidmat 37 tahun di dalam TLDM. Sepanjang tempoh tersebut, hampir 30% perkhidmatan beliau adalah di 4 kapal. Berdasarkan pengalaman dan kepakaran Laksamana yang luas, beliau telah dilantik sejak tahun 2017 oleh Bureau Veritas (BV) yang berpangkalan di Paris sebagai Ahli Pengarah BV Naval Ship Committee.
Dalam aspek amalan pengurusan projek pula, beliau adalah Certified Project Manager dan juga Qualified Project Engineer, kedua-duanya dari Australia.
Dato’ Adli Chung adalah seorang yang minat menulis. Sehingga kini beliau telah mengarang 3 buah buku, selain penulisan dan Artikel yang kerap diterbitkan di majalah serta buletin badan profesional.
Berkaitan inovasi, beliau telah merekacipta tidak kurang 3 inovasi baharu, di mana 2 daripada inovasi tersebut telah dipaten berdasarkan Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332), dan satu daripada paten tersebut telah digunapakai, yakni “dikomersialkan”.
Dato’ Adli Chung berlatarbelakangkan academic standing yang cemerlang. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian Kelas Pertama) dari UTM, memperoleh Sarjana Sains Kejuruteraan (With Distinction) dari University of New South Wales, Australia dan Diploma Strategic & Defence Studies dari Universiti Malaya.
Dato’ Adli Chung adalah seorang yang aktif dalam sukan. Di awal tahun 90an, beliau merupakan atlet Taekwondo TLDM di Angkatan Tentera Malaysia dan menyertai perbagai Championship peringkat Negeri. Buat masa ini, beliau kekal aktif, diantaranya menyertai pertandingan IRONMAN, iaitu sukan lasak berjenama internasional yang semakin popular. Selain itu, beliau adalah masih in-date Naval Ship Diver sejak tahun 1992. Beliau juga seorang yang berkelayakan Lifesaver, dianugerahkan Bronze Medallion pada tahun 2019.
KEJURUTERAAN
LAKSAMANA PERTAMA AZMAN BIN RABANI
PAT KAT PNBB PPS PPA MSoc Sc DS (UKM) MA (Strg) NDU Washington D.C. Dip PSP (UM) mpat psc
Laksamana Pertama Azman bin Rabani dilahirkan di Alor Gajah, Melaka pada 26 Nov 1972. Beliau telah memasuki perkhidmatan TLDM pada 2 Julai 1993 sebagai Pegawai Kadet Pengambilan Ke-44 dan ditauliahkan sebagai pegawai TLDM pada 8 Julai 1995.
Laksamana Pertama Azman bin Rabani mula menjawat jawatan sebagai Asisten Ketua Staf Komunikasi Peperangan dan Sistem Informasi pada 12 April 2021. Sebelum ini beliau diberikan amanah untuk memegang pelbagai jawatan penting seperti Pegawai Memerintah KD LEKIR, Pengarah Pengurusan Sumber Manusia di Markas Tentera Laut, Asisten Ketua Staf Operasi Markas Pemerintahan Armada Barat dan Pengarah Perhubungan Antarabangsa di Markas Tentera Laut.
Laksamana Pertama Azman bin Rabani telah mendirikan rumah tangga dengan Komander Nur Hidayah Dayana @ Jai Malar binti Abdullah TLDM dan dikurniakan 4 cahaya mata.
KOMUNIKASI, PEPERANGAN DAN SISTEM INFORMASI
LAKSAMANA PERTAMA KAMARUDDIN BIN OMAR
PAT KAT ACM PJM PPS PPA MMgt (UM) Dip PSP (UM) Fellow Scholar (NDUM) nrc psc
Laksamana Pertama Kamaruddin Omar telah dilahirkan di Batu Gajah, Perak pada 14 September 1967 dan memasuki Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada tahun 1985 dan menerima latihan asas Tentera Laut di Kolej Tentera Laut Diraja, Lumut, Perak. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Torpedo Anti Kapal Selam dan Peperangan Periuk Api.
Laksamana Pertama Kamaruddin pernah bertugas di dalam pelbagai perjawatan di Armada TLDM. Dia pernah diperjawatkan sebagai Pegawai Navigasi dan Pegawai Laksana KD SRI SARAWAK (PC), Pegawai Navigasi dan Pegawai Laksana KD JERAI (MCMV), Pegawai Laksana KD MAHAMIRU (MCMV), Pegawai Memerintah KD SRI NEGRI SEMBILAN (PC), Pegawai Memerintah KLD TUNAS SAMUDERA dan Pegawai Memerintah KD SRI INDERA SAKTI (MPCSS) pada tahun 2017.
Laksamana Pertama Kamaruddin juga mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pentadbiran dan latihan. Beliau telah diperjawatkan sebagai Pegawai Laksana di Pusat Latihan TLDM KD PELANDOK dan Asisten Marsyal Provos di Pangkalan TLDM Lumut. Beliau juga telah diperjawatkan sebagai Pegawai Memerintah KD MALAYA pada 2015 dan memangku tugas sebagai Komander Pangkalan Lumut pada 2016 serta diperjawatkan sebagai Provos Marsyal TLDM di Markas Tentera Laut pada 2018.
Laksamana Pertama Kamaruddin kini diperjawatkan sebagai Penasihat Pertahanan di Kedutaan Besar Malaysia di Perancis. Dari segi akademi dan sebagai kemajuan kerjaya, beliau telah menghadiri kursus di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Malaysian Armed Forces Staff College pada tahun 2004 dan telah memperolehi Diploma Strategik dari Universiti Malaya dan Sarjana Pengurusan dari Universiti Malaya pada tahun 2012 .
Laksamana Pertama Kamaruddin telah berkahwin dengan Puan Roziyan binti Ariffin dan mereka telah dikurniakan tiga orang putera dan dua puteri.