PASUKAN SIMPANAN TENTERA LAUT LABUAN

Pasukan Simpanan Tentera Laut (PSTL) Labuan ditubuhkan pada Disember 1996 bertempat di bangunan Wisma Kian Yap dan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan April 1997.  Cadangan penubuhan PSTL Labuan telah diusulkan oleh bekas Panglima Wilayah Laut 2, Laksma (B) Datuk N.E Peterson pada mesyuarat JLAK ke-23 pada November 1995.  JLAKS seterusnya mengarahkan penubuhan PSTL Labuan dilaksanakan.  Sejarah penamaan unit mengambil nama sempena Wilayah Persekutuan Labuan.

Susulan arahan tersebut, PSTL Labuan telah membuat pengambilan anggota, namun disebabkan beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan latihan hanya dapat dijalankan pada April 1997.  Memandangkan PSTL Labuan masih belum mempunyai bangunan sendiri ketika itu, ia ditumpangkan di bangunan yang dahulunya Rumah BAKAT(L) MAWILLA 2 di Tanjung Purun.