KD SULTAN IDRIS I

Pusat Latihan bagi Pegawai TLDM telah bermula seawal tahun 1950 melalui pengambilan pertama Pegawai Kadet Laut.  Ketika itu calon kadet dihantar mengikuti latihan di Britannia Royal Naval College (BRNC) memandangkan ketika itu TLDM masih belum memiliki pusat latihan Pegawai sendiri.

Program latihan bermula pada 1958 melalui pengambilan pertama yang menjalani latihan di Royal Military College (RMC) bersama Pegawai Kadet Tentera Darat.  Pada tahun 1970, institut latihan Pegawai telah dipindahkan ke Khatib Camp Naval Base Woodlands, Singapura melalui pengambilan kadet pertama pada tahun 1971.

Institut Latihan Pegawai dipindahkan ke Pangkalan TLDM Lumut pada awal 1980an dan dikenali sebagai Sekolah Latihan Pegawai di bawah KD PELANDOK. Pada tahun 1985 nama Sekolah Latihan Pegawai telah ditukar kepada Cawangan Latihan Pegawai. Pada tahun 1995 nama Cawangan Latihan Pegawai ditukarkan kepada Fakulti Pegawai di bawah KD PELANDOK.

Pada awal tahun Julai 2001, Fakulti Pegawai telah berpindah ke bangunan baharu dan dikenali sebagai Kolej Tentera Laut Diraja Malaysia.  Pada 15 Mei 2006 ianya telah ditauliahkan dan dikenali sebagai KD SULTAN IDRIS I.