KD PELANDOK 

Di peringkat permulaan, ianya berfungsi sebagai pusat latihan bagi bakal-bakal kadet dan rekrut TLDM. Ia dikenali sebagai 'Cadet and Recruit Trainning Establishment' atau CARTE. Pada 1 Julai 1971 pusat latihan ini telah dinamakan sebagai KD PELANDOK sempena nama asal pusat latihan pasukan Royal Malay Navy. Laksamana Muda Datuk K.Thanabasingam selaku Panglima Tentera Laut ketika itu telah merasmikan Pusat Latihan ini pada 12 Ogos 1971 dan KD PELANDOK terbahagi kepada dua bahagian iaitu Woodlands Wing dan Sembawang Wing.

Pada 1 November 1979, KD PELANDOK telah berpindah ke premis baru di Pangkalan TLDM Lumut dan iannya telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamudin Shah Al Haj selaku Kepten Yang DiPertua TLDM pada 22 Ogos 1984.

Objektif asal penubuhan KD PELANDOK yang antara lain bertujuan:

  1. Memberikan latihan asas kepada pegawai-pegawai kadet dan anggota lain-lain pangkat.
  2. Memberi latihan profesional kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia.
  3. Memberi latihan akademik kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat Tentera Laut Diraja Malaysia sesuai dengan keperluan profesional mereka setanding dengan kemajuan teknologi dalam bidang-bidang persenjataan dan lain-lain kelengkapan.