SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD KERIS

No. Penant

:

111

Tarikh Tauliah

:

6 Jan 20

Panjang

:

68.0 Meter

Lebar

:

9.2 Meter

Sesaran

:

691.2 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

15 Hari

Meriam Utama

:

CS/AN 3

Jumlah Krew

:

47 Orang

KD KERIS

Dinamakan sempena kapal ronda KD KRIS yang telah dilucut tauliah pada 2005 dan juga nama senjata tradisional Melayu “KERIS”.

Kapal peronda pesisir pantai ini dibina oleh China Shipbuilding and Offshore International Corporation Co Ltd (CSOC) di Wuhan, China, dan dilancarkan pada 15 April 2019 oleh Puan Normah Alwi, isteri kepada Menteri Pertahanan.

Ditauliahkan pada 6 Januari 2020 dan diletakkan di dalam Skuadron Littoral Mission Ship (LMS) Ke-11.

SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD SUNDANG

No. Penant

:

112

Tarikh Tauliah

:

5 Mac 21

Panjang

:

68.0 Meter

Lebar

:

9.2 Meter

Sesaran

:

691.2 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

15 Hari

Meriam Utama

:

CS/AN 3

Jumlah Krew

:

48 Orang

KD SUNDANG

Kapal ini dibina di Wuchang Shipbuilding Indusrial Group (WSIG), Shuangliu, China dan dilancarkan pada 12 Jul 19. Nama SUNDANG telah dipilih bersempena daripada Kapal Ronda (Patrol Craft) Kelas KRIS yang telah dilucutkan tauliah pada 1 Ogos 2005.

 Upacara penamaan dan pelancaran dilaksanakan di WSIG, Shuangliu pada 12 Jul 19 yang disempurnakan oleh Puan Seri Rusnah A Rahman isteri kepada mantan Panglima Angkatan Tentera ketika itu, iaitu Jeneral Tan Sri Zulkifli bin Zainal Abidin.

Upacara penyerahan fizikal atau Physical Handing Over (PHO) kepada Kerajaan Malaysia telah disempurnakan oleh Jawatankuasa Penerimaan Akhir yang diketuai oleh Kepten Hadi Tan bin Abdullah TLDM di Wuchuan Shipbuilding Industry Co. Ltd. (WSIC) Wucang Port, Qidong, Shanghai, China pada 14 Jan 21.

Ditauliahkan pada 5 Mac 21 di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah. Upacara pentauliahan  disempurnakan oleh Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut. Kapal ini diletakkan dalam Skuadron Littoral Mission Ship (LMS).

SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD BADIK

No. Penant

:

113

Tarikh Tauliah

:

22 Okt 2021

Panjang

:

68.0 Meter

Lebar

:

9.2 Meter

Sesaran

:

691.2 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

15 Hari

Meriam Utama

:

CS/AN 3

Jumlah Krew

:

45 Orang

KD BADIK

Penggunaan nama BADIK ke atas kapal LMS ketiga diambil daripada nama Kapal Peronda milik TLDM yang terdahulu iaitu KD BADEK yang merupakan Kapal Peronda dalam Skuadron Kapal Peronda ke -14.

Kapal Peronda Pesisir Pantai ini dibina oleh China Shipbuilding and Offshore International Corperation Co Ltd (CSOC) Shuangliu Manufacture Base Wuhan, China.

Binaan LMS yang kompak, versatile dan dilengkapi persenjataan dan sistem yang bersesuaian memberikan tambahan kemampuan kesiagaan Armada dalam mendominasikan keunikan geografi kawasan perairan Malaysia.

Kini kapal ketiga yang telah berjaya dibina di China ini telah memasuki inventori TLDM dan diharapkan akan sentiasa mempamerkan prestasi yang cemerlang sesuai dengan cogan katanya iaitu “Devoted To Excellence”.

KD BADIK ditauliahkan pada 22 Okt 21 dan diletakkan didalam skuadron Littoral Mission Ship (LMS) ke 11.

SPESIFIKASI

Nama Kapal

:

KD RENCONG

No. Penant

:

114

Tarikh Tauliah

:

28 Jan 2022

Panjang

:

68.0 Meter

Lebar

:

9.2 Meter

Sesaran

:

691.2 Tan

Kemampuan Operasi Kapal

:

15 Hari

Meriam Utama

:

CS/AN 3

Jumlah Krew

:

45 Orang

KD RENCONG

Sejarah Pembinaan KD RENCONG bermula pada 18 Sep 19 apabila upacara First Steel Cutting disempurnakan oleh Kdr Abdul Hadi Tan bin Abdullah TLDM, Ketua Projek Littroral Mission Ship di China Shipbuilding and Offshore Corperation (CSOC), Shuangliu Manufacture Base Wuhan, China.

Kapal dibina mengikut jadual yang dirancang dan majlis keel laying telah dilaksanakan pada 7 Nov 19 di lokasi yang sama. Pembinaan kapal kemudiannya tergendala seketika selama 117 hari akibat dari penularan wabak Covid-19 diseluruh dunia. Akhirnya, kapal ini berjaya dilancarkan pada 16 Dis 20.

KD RENCONG adalah kapal yang mampu melaksanakan operasi untuk tempoh 15 hari tanpa ulang bekal. la berupaya untuk membawa bersama tiga mission container yang boleh dikhususkan dengan penugasan yang ditugaskan. Kapal sepanjang 68 meter ini dioperasikan oleh 7 pegawai dan 40 anak kapal mampu beroperasi pada jarak 2000 batu nautika dengan kelajuan maksimum 22 knot. Semoga dengan semangat Kepahlawan pada namanya, KD RENCONG sentiasa mempamerkan prestasi yang cemerlang sesuai dengan moto “Loyalty, Mutual, Sacrifice”.

KD RENCONG ditauliahkan pada 28 Jan 22 dan diletakkan didalam Skuadron Littoral Mission Ship (LMS) ke -11