PULAU PINANG, 26 Nov - Laksamana Muda Baharudin bin Wan Md Nor telah dijemput sebagai penceramah jemputan dalam Penang Sports Excellence Symposium 2023 anjuran Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Bertemakan ‘Optimizing our student-athletes in high performance level via management, science and technology intervention’ simposium telah berlangsung selama dua hari di Hotel Bayview, Pulau Pinang. Turut hadir Mr. Harry Chai Heng Hua, Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang.

Dengan tajuk Driving Athletic Career Through Armed Forces, Laksamana Muda Baharudin telah menyampaikan ceramah berkenaan ‘Recruitment Requirements - Royal Malaysian Navy’ kepada 200 peserta dan atlet sukan yang hadir. Ceramah yang disampaikan merangkumi kepentingan perkhidmatan TLDM, kerjaya dan sukan serta pencapaian TLDM dalam membentuk atlet yang mewakili negara.

Simposium tersebut merupakan salah satu aktiviti penglibatan Bahagian Sumber Manusia dalam mempromosikan TLDM serta menjalinkan hubungan strategik dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Selain itu, simposium berkenaan turut membincangkan pelbagai topik motivasi yang menarik dalam usaha meningkatkan kualiti dan kreativiti para atlet sukan di negara ini. Antara topik yang turut dibincangkan ialah The Impact of Schooling System on Athlete’s Holistic Approach, Maximizing the Training Quality & Recovery of Student’s Athletes, Grassroot to International Level: Perspective from Sports Leaders dan Penang’s World Champs Homecoming.

Simposium yang diadakan itu telah memberi nilai tambah kepada para peserta dan pelajar untuk mendapatkan gambaran berkenaan hala tuju dan masa hadapan seseorang atlet.