KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Markas Tentera Laut telah diadakan pada 24 Ogos 23 bertempat di KD SRI GOMBAK. Sebanyak 10 penyertaan dipertandingkan melibatkan 6 kumpulan dari Mk TL - KPSI dan 4 kumpulan dari Mk TL - JUTRA. Pertandingan KIK ini telah diadili oleh 3 panel terdiri daripada MOSTI, TDM dan TLDM.

Selaras dengan tema Hari Inovasi TLDM 2023, Inovasi Pemacu Kecemerlangan TLDM, Bahagian KPSI telah mengambil peluang ini dengan memberikan cetusan idea dalam penghasilan 6 buah projek seperti Tactical Communication (TACCOMM), Sistem Laporan Bulanan, Royal Malaysian Navy Smart Access and Base Surveillance System (RMN SmartXS), Mobile COMINT, Portal Rasmi PSSTLDM dan Sistem Maklumat Sumber Manusia Versi 2 (SMSM V2). Kesemua kumpulan telah menunjukkkan komitmen yang tinggi dan impak positif dalam penghasilan projek yang dilaksanakan. Sejurus keputusan Pertandingan KIK diumum membuktikan idea yang diterjemahkan membuahkan hasil dengan kemenangan 5 daripada 6 projek yang terlibat seperti berikut:

a.    Royal Malaysian Navy Smart Access and Base Surveillance System (RMN SmartXS) (Johan Bidang Inovasi Sosial Kategori Penciptaan).

b.    Sistem Maklumat Sumber Manusia Versi 2 (SMSM V2) (Johan Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Kategori Penambahbaikan).

c.    Portal Rasmi PSSTLDM (Naib Johan Bidang Inovasi Sosial Kategori Penciptaan).

d.    Tactical Communication (TACCOM) (Naib Johan Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Kategori Penciptaan).

e.    Mobile COMINT (Tempat Ketiga Bidang Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Kategori Penciptaan).

Seterusnya, kesemua projek yang menang akan dipertandingkan ke peringkat Anugerah Inovasi Tentera Laut (AITL) yang dirancang pada Mac 2024. Adalah diharapkan dengan cetusan idea dan penghasilan projek ini dapat memacukan kecemerlangan TLDM ke arah warga yang sentiasa berinovasi. Sedia Berkorban.

 

 

Paparan Terbaik : Mozilla Firefox / Google Chrome / Microsoft Edge

 

HAKCIPTA | DASAR & PRIVASI | PENAFIAN | PETA LAMAN

STATISTIK PENGUNJUNG

Hari Ini7164
Semalam11555
Minggu Ini78438
Bulan Ini181376
Keseluruhan4730954

Isn Sel Rab Kha Jum Sab Ahd
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
Go to top